PUTRAJAYA: Kerajaan telah membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan -- MSM Malaysia Holdings Bhd dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih, berkuat kuasa hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kebenaran itu akan memberikan pilihan gula kepada pengguna, selain gula putih bertapis kasar dan halus sedia ada yang disifatkan sebagai 'gula rakyat'.
Beliau menegaskan penjualan gula putih bertapis jernih tidak boleh menggantikan bekalan gula putih sedia ada, dan syarikat bakal berdepan tindakan jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih sedia ada yang mencukupi.
Kerajaan juga telah mengarahkan MSM dan CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada pada kuantiti semasa iaitu 42,000 tan sebulan, katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.
"Rakyat tidak perlu gusar dan panik, gula rakyat memang masih pasaran," katanya sambil memberi jaminan kebenaran pengeluaran gula putih bertapis jernih itu tidak memberi kesan kepada bekalan gula sedia ada.
Amaran juga telah diberikan kepada pemborong dan peruncit yang mengenakan pembelian bersyarat atau tidak menjual gula putih sedia ada kepada pelanggan, katanya.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata Ops Manis akan dilaksanakan semula selama sebulan bermula hari ini bagi memastikan pengeluaran gula putih bertapis jernih tidak menjejaskan harga dan bekalan gula putih sedia ada di pasaran.
Harga gula putih bertapis sedia ada yang dikawal oleh kerajaan ialah RM2.85 sekilogram (kasar) dan RM2.95 sekilogram (halus), yang ditetapkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Ditanya sama ada gula putih bertapis jernih tersebut tergolong dalam kategori gula premium, Salahuddin berkata ia terpulang kepada syarikat berkenaan untuk memberi label, dan yang paling penting tidak dijual pada harga tinggi.
"Harga bagi gula tersebut (gula putih bertapis jernih) tidak dikawal oleh kerajaan sebaliknya ditentukan oleh pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023

Salahuddin berkata, kebenaran itu akan memberikan pilihan gula kepada pengguna, selain gula putih bertapis kasar dan halus sedia ada yang disifatkan sebagai 'gula rakyat'. - Fail Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengeluaran gula putih bertapis jernih dapat kebenaran kerajaan - Salahuddin
Kerajaan telah membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih, berkuat kuasa hari ini.