KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh sebuahTaman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dihukum penjara seminggu dan didenda RM32,000 oleh dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak, bulan lepas.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM20,000 terhadap Siti Rosliza Mukhtar, 47, kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun dua bulan dengan menekup kepalanya dengan plastik.
Wanita itu turut dipenjara sehari dan didenda RM12,000 oleh Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi kerana menganiaya seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia setahun dua bulan dengan mengheret tangannya secara kasar serta menarik rambut untuk mendudukkannya.
Kedua-dua perbuatan itu mungkin menyebabkan dua kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan fizikal atau emosi, yang mana kesalahan tersebut dilakukan di sebuah taska di Brickfields di sini, pada jam3.19 petang dan 5.36 petang, 16 Nov lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini dan tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Berdasarkan fakta kes, kanak-kanak perempuan itu terkencing dan terkena kain tertuduh semasa tertuduh ingin menukar lampin mangsa menyebabkan wanita berkenaan bertindak memukul belakang mangsa dua kali serta menekup kepalanya dengan beg plastik lima hingga enam saat dan memegang kepala mangsa dengan kedua-dua tangannya.
Selain itu, ibu kepada kanak-kanak lelaki terbabit mendapati, ada kesan luka dan lebam di telinga anaknya itu dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup mendapati tertuduh menolak dan mengheret mangsa sehingga jatuh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh kerana jelas berlaku penganiayaan terhadap kanak-kanak tersebut dan sebagai orang dewasa, tertuduh boleh lihat kesan dan akibat tindakannya itu.
TPR Noorhani Muhmmed Ayub berkata, pengasuh sepatutnya menjaga kanak-kanak dengan baik seperti yang diamanahkan oleh ibu bapa mereka.
"Tindakan tertuduh menekup kepala mangsa dengan plastik membahayakan serta mengakibatkan kecederaan serius kepada kanak-kanak itu. Saya mohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh," kata Noorhani.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibu dan adiknya selain perlu melunaskan bayaran pinjaman di syarikat lama dia bekerja. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM20,000 terhadap Siti Rosliza Mukhtar, 47, serta dipenjara sehari dan didenda RM12,000 oleh Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.- Gambar hiasan
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
[KOLUMNIS] Kembalikan kegemilangan permainan rakyat di rumah
Permainan rakyat dilihat mampu melahirkan anak-anak yang positif dari segi perkembangan emosi, rohani, dan intelek.
KPM ambil alih pendidikan anak-anak GISB bermula 1 Oktober - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil alih urusan pendidikan anak-anak yang diselamatkan dari premis dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bermula 1 Oktober.
Op Global: Polis akan panggil Pengerusi Eksekutif GISBH
Razarudin bagaimanapun tidak memaklumkan bilakah Nasiruddin akan dipanggil dan menegaskan ia akan ditentukan sendiri polis kelak.
Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.
Polis sahkan cubaan culik budak 9 tahun di Bukit Beruntung
Cubaan suspek gagal apabila kanak-kanak itu berjaya melarikan diri ke kedai berhampiran dan menjerit meminta tolong.
Op Global: 223 pegawai JKM bantu PDRM uruskan kanak-kanak - Nancy
223 pegawai JKM berkhidmat dalam membantu pihak polis menguruskan 402 kanak-kanak penghuni rumah perlindungan yang diserbu dalam Op Global.
KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
JAKIM bawa isu GISB ke MKI
JAKIM akan membawa isu berkaitan GISB kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Op Global: Mangsa diasingkan seawal usia dua tahun, ibu bapa di luar negara - KPN
Siasatan mendedahkan mangsa-mangsa yang ditempatkan di pusat amal dipercayai milik GISB merupakan generasi ketiga atau keempat.
Op Global: 'Usah ungkit cerita lama' - KPN nafi polis lambat bertindak
Menurut beliau, siasatan sudah dilakukan sejak 2011 dan polis mengumpul bukti yang kukuh untuk bertindak.