Ringkasan AI
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menafikan dakwaan bahawa polis lambat bertindak terhadap laporan mengenai GISBH.
- Beliau menjelaskan bahawa siasatan telah dijalankan sejak 2011 dan polis telah mengumpul bukti yang kukuh.
- Tindakan polis adalah berterusan dan berdasarkan keterangan yang ada pada masa ini, mereka telah mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sebaliknya, kata beliau, siasatan sudah dilakukan sejak 2011 dan polis mengumpul bukti yang kukuh untuk bertindak.
"Kita bukan tak ada tindakan, kita dalam mengumpul maklumat.
"Saya bagi satu contoh, zaman komunis sejak tahun 1948, dia (GISBH) sudah berdiri tahun 1989. Lama tu.
"Tindakan ini adalah tindakan polis yang berterusan dan kita kumpul semua maklumat. Jadi tak ada isu mengatakan pasal apa kita lambat ambil tindakan dan sebagainya.
"Memang ada dalam siasatan, tetapi masa inilah kita dapat bertindak berdasarkan keterangan-keterangan yang ada pada masa ini.
"Kita sudah ambil tindakan, tidak perlu ambil mengungkit cerita lama," katanya pada sidang di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, pada Jumaat.