KUALA LUMPUR: Pengasas pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Refuge for the Refugees hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen melalui Facebook miliknya, tahun lepas.
Bagaimanapun, Heidy Quah Gaik Li, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.
Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil 'Heidy Quah' pada 5.30 pagi, 5 Jun 2020.
Hantaran itu kemudian dibaca pada 3.30 petang, 10 Jun 2020 di Pejabat Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala peguam New Sin Yew yang mewakili Quah memohon jaminan RM2,000.
"Jaminan RM7,000 itu terlalu banyak. Anak guam saya seorang aktivis dan pernah menerima beberapa anugerah termasuk Anugerah Women of the Future, jadi tiada risiko untuknya melarikan diri," kata peguam itu.
Mahkamah kemudian membenarkan Quah diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Sept ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil 'Heidy Quah' pada 5.30 pagi, 5 Jun 2020. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Buat komunikasi secara tidak wajar, pengasas 'Refuge for the Refugees' dilepas tanpa dibebas
Dia berhadapan pertuduhan menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar dengan memulakan penghantaran komunikasi untuk menyakiti hati orang lain mengenai pelarian di negara ini melalui Facebook.

Pengasas Refuge for the Refugees didakwa buat komunikasi jelik di Facebook
Pengasas NGO Refuge for the Refugees hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di FB miliknya.

Aktivis sosial beri keterangan berhubung hantaran di FB
Pengarah Refuge for the Refugees Heidy Quah memberikan kenyataan kepada pihak polis berhubung hantaran di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan pelarian di pusat tahanan Imigresen.