KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Refuge for the Refugees, atas pertuduhan menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar dengan memulakan penghantaran komunikasi untuk menyakiti hati orang lain mengenai pelarian di negara ini melalui Facebooknya.
Hakim M. M. Edwin Paramjothy membuat keputusan itu setelah membenarkan bantahan awal dikemukakan Heidy Quah Gaik Li, 28, bahawa pertuduhan terhadapnya tidak mematuhi keperluan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Seksyen 152 hingga 154 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Peguam New Sin Yew yang mewakili Quah, yang mengesahkan perkara itu berkata secara ringkas, hakim mendapati pertuduhan itu tidak mematuhi Seksyen 152 hingga 154 CPC kerana pertuduhan gagal mematuhi bahasa yang ditetapkan dalam Seksyen 233 AKM dan pertuduhan itu tidak mempunyai unsur perundangan yang diperlukan.
"Tertuduh dibiarkan tertanya-tanya berhubung pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Haknya di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan telah dilanggar oleh ketidakpatuhan peruntukan dalam CPC.
"Oleh itu, membenarkan perbicaraan diteruskan adalah satu penyalahgunaan proses dan akan mengurangkan atau menjadikan hak perlembagaan tertuduh menjadi tidak berkesan atau ilusi," katanya.
Pada 27 Julai lepas, Quah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen melalui Facebook miliknya menggunakan nama profil 'Heidy Quah' pada 5.30 pagi, 5 Jun 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkannya diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Hakim mendapati pertuduhan itu tidak mematuhi Seksyen 152 hingga 154 CPC kerana pertuduhan gagal mematuhi bahasa yang ditetapkan dalam Seksyen 233 AKM dan pertuduhan itu tidak mempunyai unsur perundangan yang diperlukan. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Buat komunikasi secara tidak wajar, pengasas 'Refuge for the Refugees' dilepas tanpa dibebas
Dia berhadapan pertuduhan menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar dengan memulakan penghantaran komunikasi untuk menyakiti hati orang lain mengenai pelarian di negara ini melalui Facebook.

Pengasas Refuge for the Refugees didakwa buat komunikasi jelik di Facebook
Pengasas NGO Refuge for the Refugees hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di FB miliknya.

Aktivis sosial beri keterangan berhubung hantaran di FB
Pengarah Refuge for the Refugees Heidy Quah memberikan kenyataan kepada pihak polis berhubung hantaran di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan pelarian di pusat tahanan Imigresen.