KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat latihan sistem teknologi maklumat didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didapati bersalah menggunakan dokumen palsu berhubung kursus penyelenggaraan portal dan aplikasi Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), tahun lepas.
Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Shaharuddin Ahmad, 45, yang juga pemilik syarikat Favourite Trainer Sdn Bhd, selepas dia mengaku bersalah memperdayakan seorang pegawai Sistem Maklumat MyIPO menggunakan dokumen palsu.
Dia didakwa menggemukakan invois dan dokumen pengesahan palsu berkaitan perkhidmatan untuk 'Kursus Full PHP with MySQL' dari 12 Dis hingga 14 Dis 2022 bagi tiga individu berjumlah RM4,500 atas nama syarikat berkenaan.
Shaharuddin didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat MyIPO, pada 15 Dis 2023, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozina berkata mahkamah memuji tindakan tertuduh membuat pengakuan bersalah, namun kesal dengan perbuatan dilakukan kerana sebagai ketua keluarga, dia sepatutnya menjadi contoh kepada empat orang anaknya.
"Walaupun kesempitan wang, ini bukan jalan untuk menyelesaikan masalah. Mahkamah memberi peluang terakhir kepada kamu (Shaharudin) dan tidak mengenakan hukuman penjara. Oleh itu, mahkamah mengenakan hukuman denda RM12,000 atau penjara 30 hari sekiranya gagal bayar denda," katanya.
Berdasarkan fakta kes, pada November 2022, tertuduh dihubungi Pegawai Sistem Maklumat (Gred IP8) Mohd Nizam Abdul Rahman bagi menyediakan satu sebut harga berkaitan kerja perkhidmatan 'Kursus Full PHP with MySQL' dan tertuduh telah menghantar sebut harga tersebut melalui e-mel kepada Nizam.
Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menggunakan suatu dokumen iaitu invois dan dokumen pengesahan perkhidmatan untuk kursus tersebut bertarikh 12 Dis hingga 14 Dis 2022 bagi tiga penama.
Bagaimanapun, tertuduh mengetahui hanya Mohd Nizam yang hadir pada kursus tersebut manakala dua lagi penama iaitu Salamiah Saidin tidak mengetahui tentang kursus itu serta tidak menandatangani kehadiran sementara Nor Azlila Ahamad hanya mengetahui berkaitan kursus itu apabila dimaklumkan oleh Mohd Nizam.
Di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman denda RM12,000 atau penjara sebulan terhadap Mohd Nizam, 48, selepas dia mengaku bersalah bersubahat dengan Shaharuddin atas kesalahan sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan itu dibaca bersama Seksyen 471 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras manakala dua lelaki terbabit tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Mahkamah kesal dengan perbuatan dilakukan tertuduh kerana sebagai ketua keluarga, dia sepatutnya menjadi contoh kepada empat orang anaknya. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.