Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini bagi berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM4.1 juta.
Sebelum ini pada 29 Sept, Khalid, 56, didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, atas 16 pertuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM1.28 juta.
Hari ini, Khalid, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM1,984,798.08 di akaun Amanah Saham Wawasan 2020 dan RM2,135,634.13 di akaun Amanah Saham Didik miliknya yang mana kedua-duanya merupakan hasil aktiviti haram.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Amanah Saham Nasional Berhad, Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB), 201-A, Jalan Tun Razak, di sini, antara September 2015 hingga Julai tahun ini.
Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun atau boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib memohon mahkamah menggunakan jaminan sama yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Melaka iaitu RM250,000 dengan seorang penjamin, sebelum ini.
Beliau turut memohon menggunakan syarat tambahan sama yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Melaka iaitu menyerahkan pasport ke mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM Melaka pada setiap hujung bulan.
Ahmad Akram juga mencadangkan kedua-dua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Melaka untuk dibicarakan bersama-sama dengan 16 lagi pertuduhan itu.
Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Khalid tidak membantah terhadap permohonan itu.
Mahkamah menetapkan 4 Nov untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Melaka. -Bernama
Bernama
Thu Oct 06 2016

Sebelum ini pada 29 Sept, Khalid, 56, didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, atas 16 pertuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM1.28 juta. -Gambar fail/Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Rasuah, pengubahan wang haram: Bekas pengarah JKR Melaka dipenjara 15 bulan, denda RM5 juta
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu secara sebulat suara.

Bekas Pengarah JKR Melaka dipenjara 22 tahun, denda RM36 juta
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Datuk Khalid Omar, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pengarah JKR Melaka didakwa sekali lagi ubah wang haram RM4.1 juta
Khalid, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.