Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka dijatuhi hukuman penjara 22 tahun enam bulan dan denda RM36 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 18 pertuduhan membabitkan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM5.4 juta.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Datuk Khalid Omar, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Tertuduh dikenakan hukuman penjara 15 bulan bagi setiap 13 pertuduhan rasuah dan penjara 15 bulan serta denda keseluruhan berjumlah RM36 juta atau dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda itu bagi setiap lima lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.
Kesemua hukuman tersebut berjalan serentak bermula hari ini dan ini bermakna tertuduh yang pernah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 34 tahun itu hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 bulan dan dia perlu membayar denda RM36 juta.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Tinggi selesai dan menetapkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin.
Bagi 13 pertuduhan rasuah, Khalid didakwa menerima wang tunai berjumlah RM196,200 dengan nilai tertinggi iaitu RM50,000 di pejabat JKR Melaka, Jalan Taming Sari, di sini, dalam tempoh antara Mac 2014 dan Ogos 2016.
Tiga belas kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lima lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram bernilai lebih RM5.2 juta, iaitu memiliki wang RM206,396.16 dalam akaun Amanah Saham Bumiputera 2; RM506,735.92 dalam akaun Tabung Haji; wang tunai RM375,200; lebih RM1.98 juta dalam akaun Amanah Saham Wawasan 2020 dan lebih RM2.13 juta dalam akaun Amanah Saham Didik.
Kelima-lima kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini antara 1 Sept 2015 dan 15 Ogos 2016 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib dan Mohd Khairulhazman Ghazali, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Baljit Singh Sidhu.
Sebanyak 45 saksi pihak pendakwaan dan lima saksi pihak pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 05 2018

Kesemua hukuman tersebut berjalan serentak bermula hari ini dan ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 bulan dan membayar denda RM36 juta. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua aspek perjalanan syarikat pelaburan strategik itu dikawal penuh oleh Datuk Seri Najib Razak atau mela

Rasuah: Bekas pengarah Imigresen Perak, ketua unit pendakwaan dihukum penjara, denda
Minta wang suapan setiap bulan untuk 'lepaskan' pusat hiburan dari pemeriksaan dan serbuan.

SPRM Sabah tahan bekas pengarah minta, terima rasuah RM1.2 juta
Sumber memberitahu lelaki berumur lingkungan 50-an itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Empat lelaki didakwa bunuh pesara MARDI dalam kejadian samun di rumahnya
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Suspek kes samun, tetak bekas Pengarah Mardi ditahan
Suspek merupakan antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam dua kes samun termasuk rumah Wan Hassan.

Bekas Pengarah Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka dokumen palsu RM47,800
Rajali Mudin membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bursa Securities beri amaran kepada APFT dan 6 bekas pengarahnya
Bursa Malaysia telah mengenakan denda berjumlah RM475,000 ke atas enam bekas pengarah terbabit.

Tuntutan palsu: Bekas pengarah institut penyelidikan ditahan SPRM
Menurut sumber, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok, untuk membolehkan permohonan reman dikemukakan.

Pakej umrah: Bekas pengarah YBNT didakwa tipu 26 mangsa
Mohd Adam Mohd Ghazali didakwa melakukan kesalahan itu dengan memperdaya mangsa untuk mengerjakan umrah di bawah syarikat YBNT bagi sesi November hingga Disember 2016, yang sebenarnya tidak wujud.

Pakej umrah murah, bekas Pengarah YBNT ditahan polis
Individu itu ditahan di sebuah rumah di Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11 pagi tadi oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, setelah menghilangkan diri hampir dua tahun.