Polis Terengganu menahan bekas Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) berhubung kes penipuan pakej umrah, membabitkan kerugian lebih RM4 juta sejak Disember 2016.
Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata individu itu ditahan di sebuah rumah di Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11 pagi tadi oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu, setelah menghilangkan diri hampir dua tahun.
"Suspek akan dibawa balik ke Terengganu dan akan dituduh di mahkamah pada Ahad depan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kemaman hari ini.
Menurut Aidi, kes penipuan umrah YBNT itu membabitkan lebih 300 mangsa dan sebanyak 66 kertas siasatan dibuka sejak 2016.
"Suspek sebelum ini telah menyalahgunakan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan menawarkan pakej umrah secara subsidi kepada guru-guru.
"Suspek dikatakan telah bertindak berkunjung ke sekolah-sekolah untuk meyakinkan guru-guru berkenaan pakej yang ditawarkan," katanya.
Aidi berkata selepas mengambil bayaran daripada mangsa suspek dikatakan bertindak menghilangkan diri.
YBNT sebelum ini dilaporkan menawarkan pakej umrah dengan harga murah sebanyak RM3,000 seorang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2019

Suspek telah menyalahgunakan surat yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan menawarkan pakej umrah secara subsidi kepada guru-guru. - Gambar hiasan

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM
Anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 1989.

Pegawai Kor SUKSIS diingat sentiasa terap prinsip Rukun Negara
Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) diingatkan agar sentiasa menerapkan Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.

Op Selamat 18: Jenayah pecah rumah seluruh negara berkurang
Ia mencatatkan penurunan dengan 350 kes berbanding Ops Selamat pada 2019 iaitu sebanyak 790 kes.

Mohd Azman memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak
Mohd Azman menggantikan Datuk Aidi Ismail yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

PDRM tambah anggota, pegawai di pintu sempadan negara mulai 1 April
Penambahan berkenaan dilakukan bagi mengawal penularan COVID-19 yang dikhuatiri boleh dibawa oleh pengembara.

Aidi Ismail Pengarah JPJKK baharu
Datuk Aidi Ismail hari ini menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.

1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail
Sejumlah 1,500 anggota PDRM di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.

Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah
Ketika anggota polis menghampiri kenderaan itu, pemandu yang merupakan lelaki berumur 24 tahun didapati sedang mengeluarkan selaras senjata api.

PRN Sarawak: 2,295 permit kempen diluluskan setakat ini - Polis
Polis Sarawak telah meluluskan 2,295 permit kempen kepada calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 dalam tempoh sejak hari penamaan calon 6 Dis lepas hingga semalam.

Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik
Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.