Seorang pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama adiknya direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan menerima suapan lebih RM39.9 juta.
Lelaki berstatus 'Datuk' berusia 50 itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam pada 5 petang semalam kerana disyaki memberikan projek kepada syarikat yang berkepentingan ketika memegang jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat GLC sebelum meletakkan jawatan tahun lalu.
Selain adiknya, 35, yang berjawatan pengarah di syarikat sama ketika itu, turut direman ialah lelaki berusia 61 tahun yang juga pengarah urusan syarikat berkenaan.
Perintah reman yang berkuat kuasa hari ini hingga Selasa itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah di sini.
Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.
Jurucakap SPRM berkata tahanan reman bagi ketiga-ketiga suspek ialah bersabit dengan kesalahan semasa kesemua mereka bertugas di GLC di mana suspek utama memegang jawatan sebagai CEO.
Katanya ketika ditahan, suspek utama merupakan pengarah di sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, manakala dua yang lain masih bertugas di GLC yang sama.
Dua individu terbabit ditahan malam tadi selepas hadir memberi kenyataan di ibu pejabat SPRM di sini semalam, katanya.
Dalam kes berasingan, tahanan reman seorang pengurus besar sebuah syarikat GLC berhubung dakwaan menyalahg guna kuasa dan menerima suapan melebihi RM10 juta yang tamat hari ini disambung enam hari lagi, bermula esok.
Dua kontraktor yang turut direman berhubung kes sama dilepaskan dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016

Pengarah sebuah anak syarikat GLC berstatus Datuk berusia 50 tahun (tengah) bersama dua lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan suapan lebih RM39.9 juta. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penganggur dipercayai bunuh Ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman selama tujuh hari.

Op Sky: Enam lagi individu direman
Enam lagi individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan, direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

Kemuka senarai asnaf tidak layak, pengerusi masjid direman 6 hari
Seorang pengerusi masjid ditahan reman SPRM kerana dipercayai memberikan maklumat asnaf berstatus miskin kepada sebuah badan kebajikan.

Dua pegawai pejabat pendidikan direman bantu siasatan kes rasuah
Suspek lelaki dan wanita itu ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

OP Global: 171 individu direman tujuh hari bermula hari ini - KPN
Sebanyak 171 individu yang ditahan menerusi Op Global di Selangor dan Negeri Sembilan semalam, ditahan reman selama tujuh hari.

Pegawai penguat kuasa disyaki minta rasuah direman tiga hari
Lelaki berumur 30-an itu ditahan pada kira-kira 4 petang semalam di sekitar Pulau Pinang.

Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.

Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu
Lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dalam kejadian di Kampung Simee Ipoh pada Rabu direman tujuh hari sehingga 19 Jun depan.

Rasuah rumah urut: Timbalan Pengarah PBT antara 4 direman
SPRM menahan reman tiga penjawat awam dan seorang bekas penjawat awam kerana dipercayai menerima rasuah secara bulanan.

Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.