PUTRAJAYA: Pengamal media yang melalui sekatan jalan raya (SJR), hanya perlu mengemukakan kad media serta surat berkaitan sebagai perakuan untuk menjalankan tugas, ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM), akan memberi kerjasama dan memahami tugas pengamal media, untuk melaporkan maklumat penting kepada masyarakat dalam tempoh itu.
"Pengamal media tidak perlu risau ketika melalui SJR. Apa yang penting kemuka kad media dan surat berkaitan sama ada daripada majikan, Jabatan Penerangan atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dan ia sudah memadai," katanya dalam sidang media secara maya hari ini.
Beliau berkata demikian berikutan kebimbangan pengamal media, sekiranya tidak melepasi SJR untuk bertugas dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari, yang bermula 1 Jun.
Mengenai penguatkuasaan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 berkaitan berita palsu, Saifuddin berkata sejak 12 Mac sehingga 30 Mei lepas, sebanyak 18 kes disiasat mengikut ordinan berkenaan, dengan empat daripadanya telah selesai.
Menurutnya, dua kes telah dituduh di mahkamah dan dua kes diklasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).
"Walaupun ada banyak laporan polis dibuat, namun kita amat berhati-hati menggunakan ordinan ini," katanya.
Mengulangi ordinan tersebut bukan dilaksanakan untuk ditujukan kepada orang politik, Saifuddin berkata ; "Kita tidak akan salah guna ordinan ini... memang ordinan ini digunakan untuk percepatkan siasatan, namun ia tidak bermakna kita akan langgar lunas undang-undang."
Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021, memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, manakala bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan, selepas sabitan.
Ordinan turut memberi definisi 'berita tidak benar' termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu, yang berhubungan dengan COVID-19 atau proklamasi darurat, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain, yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.
Ia terpakai kepada semua individu tanpa mengira kewarganegaraan dan walaupun kesalahan dibuat di luar Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Pengamal media yang melalui SJR hanya perlu mengemukakan kad media serta surat berkaitan sebagai perakuan untuk menjalankan tugas. - Gambar fail/BERNAMA
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
[TERKINI] Banjir diramal landa sembilan jajahan Kelantan Ahad depan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Pengamal media perlu bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
MPI anjur pelbagai program perkasa pengetahuan pengamal media dalam AI - Presiden
MPI. menganjurkan pelbagai program bagi memperkasakan pengetahuan pengamal media tempatan termasuk penggunaan teknologi AI.
Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan KWSP untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.
Pengamal media jangan kejar populariti, jadi pejuang utama isu rakyat - Karam Singh
Datuk Karam Singh Walia menasihati pengamal media muda dan baharu dalam bidang kewartawanan untuk tidak mengejar populariti semata-mata dalam melaporkan sesuatu isu berkaitan rakyat.
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.