Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penerimaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap resolusi menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi, sebagai satu kejayaan untuk Malaysia.
"Alhamdulillah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan.
"Satu lagi kejayaan bersejarah buat #Negaraku," katanya dalam catatan di laman Twitter.
Resolusi itu yang merupakan inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) diterima dalam Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB di New York pada Jumaat.
Antara kandungan resolusi itu adalah pengumuman tahun 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha menggerakkan gelombang suara kesederhanaan menerusi promosi dialog, nilai toleransi dan usaha ke arah kerjasama yang lebih erat di kalangan masyarakat antarabangsa.
Resolusi itu dibentangkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob pada September lepas.
Ia diterima melalui undian oleh 135 negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat dan Israel yang telah menentang serta tiada negara yang berkecuali. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 11 2017

PM NAJIB: Alhamdulillah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan. -Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Generasi muda Malaysia perlu ada keberanian tolak rasuah, ekstremisme - PM Anwar
Meskipun Malaysia berbilang kaum dan aman, terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama.

Manfaatkan kecanggihan teknologi banteras ekstremisme
Sistem data dan teknologi seperti kecerdasan buatan harus mula diaplikasi dalam membanteras ekstremisme.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.

Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.

Tokoh pembangkang Rusia Alexey Navalny dihukum penjara 19 tahun lagi
Navalny telah menjalani hukuman penjara melebihi 11 tahun kerana penipuan dan tidak menghormati mahkamah.

Kajian dapati YouTube syor video senjata ganas kepada kanak-kanak
Kajian terbaharu mendapati cadangan video oleh YouTube membawa kepada video dan grafik senjata api yang ganas kepada kanak-kanak seawal usia sembilan tahun.

GPS pertahan kebebasan beragama, tolak ekstremisme - Abang Jo
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memelihara kebebasan beragama dan menolak unsur ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri ini.

Ahli politik perlu ambil serius isu agama dan bangsa - Shafie
Sifat toleransi antara berbilang bangsa dan agama di negara ini perlu dieratkan lagi bagi mengelak kejadian seumpama berlaku di negara ini.

Azmin gesa rakyat Malaysia tolak ketaksuban, ekstremisme
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa rakyat Malaysia untuk menolak ketaksuban, ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi.

China didakwa pengaruhi ulama Indonesia berhubung Xinjiang
Laporan The Wall Street Journal pada Rabu mendakwa Beijing berjaya mengubah persepsi dalam kalangan para ulama Indonesia terhadap kem tahanan Xinjiang.