TAHUN lepas menyaksikan para ulama di Indonesia membidas layanan China terhadap etnik minoriti beragama Islam.
Semestinya, negara yang mempunyai rakyat umat Islam terbesar di dunia itu ingin membela hak etnik minoriti susulan laporan dikeluarkan bahawa sekitar sejuta daripada mereka ditahan secara paksa di kem vokasional di Xinjiang.
Pada Disember 2018, pemimpin Muhammadiyah, pertubuhan Islam kedua terbesar Indonesia, mengemukakan surat terbuka menuntut Beijing menjelaskan mengenai keganasan terhadap komuniti Uighur, kebanyakannya beragama Islam.
Namun, tahun ini pula menyaksikan pendirian pemimpin agama Indonesia itu berubah.
BACA: Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada Rabu, ia susulan beberapa inisiatif diambil Beijing untuk mempamerkan sikap terbuka mereka terhadap minoriti umat Islam di negara itu.
Antaranya termasuk langkah menjemput pemimpin agama teratas Indonesia serta pengamal media dan para akademik negara itu melawat pusat pendidikan dan latihan di Xinjiang.
Sebahagian daripada pengisian program lawatan yang ditaja Beijing itu termasuk pembentangan dibuat pihak berkuasa China yang mendakwa etnik Uighur bertanggungjawab atas serangan ekstremis.
Mereka turut menjemput pengunjung dari Indonesia itu untuk menunaikan solat di masjid-masjid di sana.
Susulan itu, salah seorang cendekiawan Muhammadiyah yang menyertai program tersebut memberi gambaran positif mengenai kem latihan di Xinjiang yang menurutnya amat baik, selesa dan tidak seperti penjara.
BACA: Selesai isu ekstremisme di Xinjiang 'cara China'
“Terdapat masalah ekstremisme di Xinjiang dan mereka sedang menanganinya,” dakwa Masduki Baidlowi, pegawai Nadhlatul Ulama, organisasi Islam terbesar di Indonesia susulan lawatannya ke Xinjiang.
“Mereka memberi satu penyelesaian: kemahiran hidup serta sebuah kerjaya.”
Namun, beliau turut menyuarakan kebimbangannya, antaranya kerana tahanan tidak diberikan ruang untuk beribadah di kem tersebut.
BACA: Ozil kritik umat Islam abaikan etnik Uighur
Susulan laporan dikeluarkan WSJ, Masduki menegaskan pihaknya tidak sewenang-wenangnya menjadi alat propaganda Beijing.
“Kami tidak akan pernah menjadi corong (suara) Barat, tidak akan pernah menjadi corong Amerika, juga tidak akan pernah menjadi corong pemerintah China,” tegas Masduki kepada portal berita tempatan, Republika, pada Jumaat.
Sebaliknya, Bayu Hermawan, seorang wartawan Republika yang turut mengikuti lawatan ke Xinjiang pada Februari melaporkan bahawa peserta-peserta kem tidak diberikan perbicaraan atau telah ditahan atas kesalahan seperti mengikuti amalan pemakanan Islam.
Susulan itu, Bayu menerima mesej WhatsApp daripada kakitangan kedutaan China di Jakarta yang kecewa dengan laporannya kerana ia tidak fokus kepada aspek positif lawatan itu.
Republika turut mendakwa telah mengalami serangan siber pada ketika itu, menyebabkan laman web mereka sukar diakses dari luar negara.
Pada awal bulan ini, Shohrat Zakir, wakil pentadbiran kerajaan Xinjiang mendakwa semua yang dikatakan ditahan di kem tersebut merupakan pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional dan telah lulus program mereka.
BACA: Dunia berbelah bahagi dalam mengkritik layanan etnik Uighur di China
BACA: Isteri etnik Uighur dipaksa sekatil dengan pegawai kerajaan?
Namun begitu, golongan aktivis mempersoalkan kebenaran di sebalik kenyataan itu kerana tiada perincian diberi, misalnya mengenai jumlah tahanan atau pelajar yang terlibat, jumlah kem latihan serta apa yang berlaku selepas mereka keluar.
“Tanpa sebarang maklumat berkenaan, amat sukar untuk mempercayai dakwaan mereka bahawa semua tahanan telah dibebaskan,” kata penyelidik di Human Rights Watch, Maya Wang.
“Sebelum ini, kerajaan sama sekali menafikan kewujudan kem-kem tersebut. Jadi, apa yang mereka dakwa sekarang sukar untuk dipercayai.”
Nailah Huda
Sat Dec 14 2019
Pelajar di Institusi Islam Xinjiang ketika lawatan rasmi kerajaan berlangsung di Urumqi, Xinjiang pada 3 Januari 2019. Foto - REUTERS
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Kenali Dilraba Dilmurat, pelakon keturunan Uighur yang diiktiraf wanita tercantik Asia
Dilraba Dilmurat merupakan pelakon yang cukup terkenal dan mencipta sensasi tersendiri di Tanah Besar itu.
Penindasan Uighur: AS gesa boikot Sukan Olimpik 2022 China
Tindakan diambil sebagai mengkritik China susulan pelanggaran hak asasi manusia berkaitan isu etnik di Uighur.
H&M, Nike diboikot selepas persoal buruh paksa di Xinjiang
Lebih 30 selebriti China telah menamatkan kerjasama dengan jenama global susulan kontroversi kapas Xinjiang.
Ekonomi dunia: China tidak akan lepasi AS sebagai pemimpin global - Biden
Biden berjanji akan membuat pelaburan besar bagi memastikan negara Uncle Sam itu menang dalam persaingan membabitkan dua gergasi ekonomi dunia itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada kem tahanan Uighur, hanya pusat pendidikan, vokasional - Kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang
Tiada kem tahanan melibatkan etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam di Xinjiang.
Twitter gantung akaun kedutaan China di AS, dakwa kenyataan sokong kekejaman di Xinjiang
Twitter menggantung akaun rasmi kedutaan China di Amerika Syarikat (AS) gara-gara satu ciapan mempertahankan polisi China terhadap etnik minoriti Muslim Uighur di Xinjiang.
UK dakwa terdapat bukti kukuh wujud buruh paksa di Xinjiang, China
Terdapat bukti yang kukuh dan menyusul bahawa wujudnya buruh paksa dalam kalangan Uighur Islam di wilayah Xinjiang di China, dakwa kerajaan Britain.
Situasi di Xinjiang 'hampir sama' dengan genosid - Penasihat keselamatan AS
Amerika sebelum ini telah mengecam layanan China terhadap etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam lain di Xinjiang di samping meletakkan sekatan ke atas beberapa pegawai kerajaan.
Xinjiang dalam senarai kredit filem Mulan, Disney dikritik peminat
Tidak jelas apakah jenis bantuan yang diberi namun ada pihak mendakwa terdapat beberapa babak dalam filem itu dirakam di Xinjiang.