DISNEY dikritik selepas secara terbuka berterima kasih kepada sebuah agensi kerajaan China yang dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang.
Penghargaan itu diberi Disney dalam senarai kredit filem terbaharu terbitannya, Mulan.
Tidak jelas apakah jenis bantuan yang diberi, namun cakap-cakap di media sosial mendakwa terdapat beberapa babak dalam filem itu dirakam di Xinjiang.
Ia sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa biro Keselamatan Awam dan Pelancongan Turpan, sebuah bandar yang mempunyai populasi sekitar 633,400 orang di luar ibu kota Xinjiang, Urumqi.
Belum ada sebarang keterangan yang dikeluarkan Disney setakat ini.
Jabatan Luar Negara Syarikat menganggarkan sejak 2015, sebanyak dua juta etnik Uighur beragama Islam dan minoriti Turki lain dipenjarakan di kem-kem di Xinjiang.
Peguambela hak asasi manusia menggesa Disney untuk mendedahkan perjanjian yang dibuat dengan kerajaan China sehingga mereka diberi kebenaran membuat penggambaran di wilayah itu.
"Sangat tidak masuk akal bagi Disney untuk bekerjasama, dan seterusnya berterima kasih, dengan agensi kerajaan dari wilayah yang terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai," kata Isaac Stone Fish, jurucakap Asia Society, sebuah organisasi yang memfokuskan kepada meningkatkan kesedaran mengenai Asia, beribu pejabat di New York.
Ini bukanlah kali pertama filem Mulan terkait dengan kontroversi.
Pada Ogos tahun lalu, aktivis pro-demokrasi di Hong Kong melancarkan kempen boikot filem tersebut selepas pelakon utamanya, Liu Yifei, menyatakan sokongan kepada pasukan polis di Hong Kong, ketika rakyat negara itu memprotes dasar-dasar baharu yang membolehkan warganegara diekstradisi ke China.
Agensi
Thu Sep 10 2020
Ada pihak mendakwa terdapat beberapa babak dalam filem Mulan dirakam di Xinjiang. - Foto/YouTube/Disney
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.
Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia
Isu itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada Selasa.
WEF: Ketegangan ekonomi AS-China bukan hal baharu, Malaysia atur langkah lebih berhati-hati
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukanlah perkara baharu.
China umum pelan bina 'negara pendidikan kukuh' menjelang 2035
China berhasrat untuk mewujudkan sistem pendidikan berkualiti tinggi dengan tahap aksesibiliti dan kualiti "antara yang terbaik di dunia."
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan terbuka dan pragmatik dalam menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Eksport sarang burung Malaysia ke China disambung selepas protokol baharu dimuktamad
Eksport produk sarang burung Malaysia ke China akan disambung semula selepas KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memuktamadkan protokol eksport baharu.
Sejumlah jenama kereta China mungkin tidak hidup lagi dalam beberapa tahun - CEO Xpeng
CEO Xpeng He Xiaopeng menyasarkan 'fasa penyingkiran' akan bermula antara 2025 dan 2027, di mana persaingan akan lebih sengit bermula tahun ini.
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
China akan ambil tindakan lindungi kepentingan daripada sekatan AI AS
China dengan tegas menentang sekatan AS terhadap eksport AI dan akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak sah syarikat China.