Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama berkata penahanan wartawan lelaki itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, dan bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya.
"Wartawan itu dipercayai meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan pendatang asing," katanya.
Wartawan berkenaan kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan seorang wartawannya ditahan SPRM.
-- BERNAMA
