Dilraba Dilmurat, juga dikenali dengan nama Dili Reba, merupakan pelakon yang cukup terkenal dan mencipta sensasi tersendiri di Tanah Besar itu.
Dikurniakan seraut wajah yang disifatkan ramai sebagai cukup sempurna, tidak hairanlah wanita berdarah Uighur ini pernah diangkat sebagai wanita tercantik Asia pada 2018.
Tahun ini, drama "You Are My Glory" lakonan Dilraba bersama aktor Yang Yang berjaya mencipta fenomena di seluruh Asia.
Siri itu yang ditayangkan di sebuah platform penstriman, mencatat tontonan keseluruhan lebih 2 bilion.
Bagi anda yang baru mahu mengenali si cantik ini, berikut dikongsikan beberapa fakta tentang beliau.
- Dilahirkan pada 3 Jun 1992 di Xinjiang, China
- Meminati dunia seni sejak kecil dan belajar menari dan bermain alat muzik seawal usia 7 tahun
- Mula mencipta nama sebagai pelakon pada 2013 menerusi siri TV Anarhan
- Turut dikenali sebagai penyanyi dan model
- Antara drama popularnya ialah Swords of Legends” (2014), “Diamond Lover” (2015), “The Ladder of Love” (2016), “Hot Girl” (2016), “Pretty Li Hui Zhen” (2017), “The King's Woman” (2017), “The Flame's Daughter” (2018) and “Sweet Dreams” (2018)
- Menjadi pilihan jenama mewah sebagai jurucakap, antaranya Louis Vuitton, Dolce Gabbana, L'oreal, dan Clarins
- Pada 2021, Dilraba memutuskan hubungan dengan sebuah jenama terkemuka susulan dakwaan penggunaan buruh paksa berbangsa Uighur
- Tahun lalu, Dilraba berada di tempat ke-11 senarai individu paling berpengaruh di China yang dikeluarkan Forbes
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !