KUALA LUMPUR: Tiada kem tahanan melibatkan etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam di Xinjiang, sebaliknya, ia merupakan pusat pendidikan dan vokasional untuk kumpulan itu yang dibina berlandaskan undang-undang, selaras pengiktirafan antarabangsa.
Menegaskan perkara itu, Pengerusi Kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang, Shohrat Zakir berkata, dakwaan wujud kem tahanan berkenaan hanya dimainkan media asing yang bermotifkan spekulasi politik.
"Sehingga Oktober 2019, semua pelatih dari pusat latihan berkenaan telah tamat pengajian. Sehingga kini, mereka telah memperoleh pendapatan yang stabil dan mereka dapat menampung kehidupan.
"Tuduhan bahawa kononnya pusat latihan itu telah menahan sejuta etnik Uighur, adalah tidak berasas seperti tuduhan pembiayaan keganasan ke atas mereka," katanya semasa seminar dalam talian "Xinjiang is a Wonderful Land" yang dihoskan Kedutaan China dan Wilayah Autonomi Xinjiang pada Jumaat.
BACA: UK dakwa terdapat bukti kukuh wujud buruh paksa di Xinjiang, China
BACA: Penjara di China umpama neraka - Etnik Uighur
Ujarnya, laporan berita yang tidak sahih itu disiarkan media asing dan pada masa sama, Amerika Syarikat (AS) dilihat menyokong rumusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia kononnya wujud kem tahanan berkenaan.
"Malah, laporan berkenaan hanya melibatkan satu temu ramah dengan lapan individu dan perkiraan data yang dilihat tidak bertanggungjawab," ujarnya.
Selain itu, beliau menegaskan, pendedahan oleh laporan penyelidik juga merupakan satu penipuan yang dibuat kepada media.
"China adalah sebuah negara yang berlandaskan kedaulatan undang-undang dan kebebasan komunikasi rakyat adalah dilindungi undang-undang.
"Xinjiang menekankan usaha membanteras keganasan dan melindungi hak asasi manusia berlandaskan undang-undang dan pada masa sama, melindungi hak kebebasan kumpulan etnik dalam usaha mengekang keganasan ekstremisme," tambahnya.
Malah beliau menyifatkan, tuduhan laporan media Barat mengenai ramai yang terbunuh di pusat berkenaan dan kerajaan melakukan keganasan terhadap wanita adalah mengarut.
Dalam pada itu, Zakir berkata, Xinjiang adalah kunci kepada usaha membanteras keganasan ekstremisme di China.
"Sebelum ini, Xinjiang telah memperlihatkan isu keganasan dan ektremisme kalangan penduduk.
"Antara tahun 1990 hingga 2016 keganasan ekstremisme kalangan penduduk di perkampungan meningkat seperti kejadian pengebom bunuh diri dan rusuhan di Xinjiang menyebabkan jumlah kematian yang besar di kalangan mereka yang tidak bersalah termasuk ratusan anggota polis," katanya.
Justeru, usaha membanteras ekstremisme di Xinjiang dipertingkatkan demi keamanan di wilayah itu, katanya.
"Dengan kerjasama antarabangsa dan strategi dilaksanakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) melalui resolusi antikeganasan, Xinjiang berusaha keras untuk membanteras aktiviti keganasan yang melanggar hak asasi manusia, keselamatan awam dan menggugat perpaduan," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Fri Mar 19 2021

Shohrat Zakir berkata, dakwaan wujud kem tahanan berkenaan hanya dimainkan media asing yang bermotifkan spekulasi politik. - Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.