Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa rakyat Malaysia untuk menolak ketaksuban, ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi.
Dalam perutusan Hari Krismas beliau hari ini, Mohamed Azmin berkata setiap individu perlu menyemai semangat persefahaman, kesederhanaan dan saling menghormati kerana keharmonian yang dinikmati hari ini adalah hasil belas ihsan, toleransi dan saling memahami dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai.
"Dalam hal ini, kita tidak boleh meremehkan sumbangan penganut Kristian ke arah keamanan, keharmonian, kemakmuran dan pembinaan negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini, menyeru semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan perayaan Krismas," katanya.
Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada penganut Kristian, beliau berkata Krismas adalah musim yang membawa kegembiraan dan rahmat serta masa untuk seseorang 'memberi' dan memaafkan.
"Saya harap anda dan keluarga anda akan diberkati pada Krismas ini. Semoga rumah anda dipenuhi kegembiraan dan keharmonian," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata 12 bulan lepas adalah tempoh amat mencabar bagi Malaysia untuk mencapai matlamat menjadi antara negara kelas dunia bagi perpaduan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti.
Dalam perutusan Hari Krismas, Lim berkata beliau mahu melihat rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian bangsa, bahasa, agama dan budaya dalam suasana aman, bertoleransi, saling menerima dan hidup bersatu-padu.
"Biar rakyat Malaysia mendukung prinsip perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas mengamalkan pegangan masing-masing dan tidak membuat ucapan berunsur bohong, berita palsu dan kebencian di laman sosial yang menyaksikan pelbagai bangsa dan agama sering berdepan ugutan.
"Malaysia yang saya mahu lihat adalah semua bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk keluar daripada dunia masing-masing untuk berinteraksi dengan komuniti lain, untuk belajar, menghargai, dan menerima bahawa Malaysia tidak dikenali dengan satu komuniti sahaja tetapi dengan semua komuniti berbeza yang menjadikan negara ini sebagai tanah air mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 24 2019
Mohamed Azmin berkata Krismas adalah musim yang membawa kegembiraan dan rahmat serta masa untuk seseorang 'memberi' dan memaafkan. - Gambar fail
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.