KUALA LUMPUR: Industri insurans dan takaful ingin mengumumkan pelancaran Fasa 2 Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) bagi golongan berpendapatan B40 berkuat kuasa 15 November, 2021.
Di bawah fasa kedua, program PTV menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 4.8 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 daripada kategori bujang dan warga emas melalui subsidi baucar RM50 untuk membeli pelan Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen di negara ini yang mengambil bahagian.
"Penerima kategori bujang dan warga emas boleh menyemak kelayakan mereka untuk baucar PTV RM50 di www.myptv.my," kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.
Selama tujuh minggu semenjak Program PTV mula diperkenalkan, kira-kira 93,000 baucar bernilai lebih RM 4.6 juta telah ditebus oleh penerima BPR di bawah kategori isi rumah tersebut, katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan akan melanjutkan Program PTV selama setahun lagi pada tahun 2022 dengan nilai baucar ditingkatkan kepada RM75 dan juga membolehkan penerima BPR untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah, kata Pengerusi PIAM, Antony Lee.
"Program PTV merupakan salah satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pengendali insurans dan takaful. Fasa pertama program, menawarkan perlindungan sosial kepada kira-kira 3.6 juta penerima BPR yang layak di bawah kategori isi rumah tersebut," katanya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa inisiatif kerajaan menambah subsidi Program PTV ini akan dapat mempertingkatkan daya tahan kewangan rakyat seterusnya membolehkan lebih ramai penerima BPR memperolehi perlindungan insurans kritikal terutamanya ketika berhadapan cabaran kekangan kewangan.
Inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk terus mempromosikan perlindungan sosial di kalangan rakyat terutamanya penerima BPR, katanya.
Sementara itu, Pengerusi MTA, Elmie Aman Najas berkata produk Perlindungan Tenang menyediakan pelan perlindungan asas terhadap risiko utama dalam kehidupan seperti kematian, kemalangan, kebakaran atau kemalangan yang lain.
"Melalui Program PTV, penerima BPR yang layak kini boleh melindungi diri mereka dan keluarga daripada risiko utama dalam kehidupan dengan premium dan sumbangan daripada hanya beberapa ringgit sahaja sebulan.
"Penerima BPR, yang layak, amat digalakkan untuk membuat penebusan bagi meningkatkan jaringan keselamatan sosial mereka," katanya.
Sementara itu, Presiden LIAM Loh Guat Lan berkata beliau berharap penerima yang layak menebus baucar 2021 mereka, ia tersedia sehingga 31 Disember, 2021.
"Program PTV sememangnya peluang terbaik untuk penerima BPR memperkenalkan perancangan kewangan kepada keluarga dan orang tersayang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Penerima wang Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) beratur di Bank Simpanan Nasional (BSN). - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Penerima BPR 2021 boleh semak kelayakan bagi perlindungan tenang mulai 15 Nov
Industri insurans dan takaful ingin mengumumkan pelancaran Fasa 2 Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) bagi golongan berpendapatan B40 berkuat kuasa 15 November, 2021.