SONG (Sarawak): Polis semalam telah menahan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, berhubung penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah sewa di Jalan Mission di sini pada 9 pagi Khamis.
Remaja yang merupakan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, ditahan pada kira-kira pukul 6.30 petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Song, DSP Rowney Michael Jalak berkata remaja itu yang merupakan adik kepada lelaki berusia 34 tahun yang membuat laporan polis, mengenai penemuan bayi itu.
"Hasil siasatan pihak kami, remaja perempuan itu yang merupakan adik kepada pengadu akhirnya mengaku bahawa dia adalah ibu yang melahirkan bayi lelaki tersebut.
"Remaja itu tidak mengaku pada awalnya kerana takut kepada keluarganya," katanya kepada Bernama petang semalam.
Rowney memberitahu, remaja itu tidak direman tetapi sebaliknya diletak di bawah jaminan polis kerana masih berada dalam keadaan lemah selepas melahirkan bayi lelaki seberat 2.5 kilogram dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kapit.
Polis kini sedang menjejaki pasangan remaja perempuan itu yang berusia antara 15 hingga 16 tahun, yang merupakan kenalan sekolah suspek di sebuah sekolah menengah di sini.
Remaja lelaki itu tinggal di sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Manap, Song yang hanya boleh dihubungi melalui sungai dan berjalan kaki.
Pada pagi Khamis, remaja perempuan itu telah memaklumkan kepada abangnya bahawa dia terdengar suara bayi dari semak di belakang rumah mereka.
Setelah menemui bayi lelaki yang cukup sifat tanpa pakaian dan masih berdarah di tali pusat, abang remaja itu kemudiannya membuat laporan polis.
Bayi lelaki itu telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Song bagi menjalani rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
![Penemuan bayi dalam semak di Song: Remaja perempuan ditahan Penemuan bayi dalam semak di Song: Remaja perempuan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632364248_DeraBayi.jpg)
Bayi lelaki seberat 2.5 kilogram itu telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Song bagi menjalani rawatan. - Gambar hiasan
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
![Mangsa perahu karam di Song ditemukan lemas Mangsa perahu karam di Song ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661245527_Bodies.jpg)
Mangsa perahu karam di Song ditemukan lemas
Mayat Gawing Mancha ditemukan terapung pagi tadi di Sungai Rajang berdekatan sebuah kem pembalakan, 13km di hilir lokasi kejadian.
![PRN Sarawak: Ayong Andam nekad jadikan Song sebagai hab pengeluaran kopi terbesar di Sarawak PRN Sarawak: Ayong Andam nekad jadikan Song sebagai hab pengeluaran kopi terbesar di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639645285_TBKOPISONG.jpg)
PRN Sarawak: Ayong Andam nekad jadikan Song sebagai hab pengeluaran kopi terbesar di Sarawak
Ayong Andam, yang merupakan bekas guru tidak menoleh ke belakang dalam usahanya menjadikan pekan itu sebagai hab pengeluar kopi terbesar di negeri itu.
![Penemuan bayi dalam semak di Song: Remaja perempuan ditahan Penemuan bayi dalam semak di Song: Remaja perempuan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632364248_DeraBayi.jpg)
Penemuan bayi dalam semak di Song: Remaja perempuan ditahan
Remaja itu yang merupakan adik kepada pengadu mengaku dia adalah ibu yang melahirkan bayi yang ditemui.
![PRN Sarawak: Satu tidak cukup, penduduk Song harap mesin ATM ditambah PRN Sarawak: Satu tidak cukup, penduduk Song harap mesin ATM ditambah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637137708_TBMASHUPPRNSARA.jpg)
PRN Sarawak: Satu tidak cukup, penduduk Song harap mesin ATM ditambah
Dengan hanya ada satu mesin ATM pastinya tidak cukup bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat di Song terutamanya ketika hujung bulan.
![PRN Sarawak: Warga Kampung Gelam mahu perkhidmatan van jenazah disediakan PRN Sarawak: Warga Kampung Gelam mahu perkhidmatan van jenazah disediakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637075996_vanjenazahkatibas.jpg)
PRN Sarawak: Warga Kampung Gelam mahu perkhidmatan van jenazah disediakan
Penduduk beragama Islam di Kampung Gelam, Song, memohon perkhidmatan van jenazah dapat disediakan bagi memudahkan pengurusan jenazah bagi kariah mereka.
![Runner wanita Kapit kini terlantar akibat COVID-19 Runner wanita Kapit kini terlantar akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620015720_RunnerKapitCOVID.jpg)
Runner wanita Kapit kini terlantar akibat COVID-19
Hampir setahun menjadi 'runner', wanita hebat itu kini tidak dapat meneruskan perjuangan murni itu, apabila dia 'tumbang' akibat virus jahat COVID-19 sejak 10 hari lalu.
![COVID-19: 178 kes positif, satu kematian di Sarawak COVID-19: 178 kes positif, satu kematian di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615714225_SwabTest.jpg)
COVID-19: 178 kes positif, satu kematian di Sarawak
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 178 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes di negeri itu kepada 12,451.
![COVID-19: Ketiadaan makmal di Kapit punca sampel menunggu tinggi COVID-19: Ketiadaan makmal di Kapit punca sampel menunggu tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612419653_Kapit.jpg)
COVID-19: Ketiadaan makmal di Kapit punca sampel menunggu tinggi
Ketiadaan makmal menguji sampel saringan COVID-19 di Bahagian Kapit menyebabkan jumlah sampel yang masih menunggu keputusan agak tinggi iaitu 3,050 setakat Rabu.
![Banjir di Sarawak memburuk, 212 mangsa ditempatkan di PPS Banjir di Sarawak memburuk, 212 mangsa ditempatkan di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612416189_BanjirSarawakTen.jpg)
Banjir di Sarawak memburuk, 212 mangsa ditempatkan di PPS
Berbanding 150 pada jam 9.00 pagi, jumlah mangsa kini melonjak kepada 212 orang daripada 61 keluarga.