Sebanyak 15 tong dipercayai berisi bahan kimia pepejal ditemui di kawasan ladang kelapa sawit Felcra Sempa, Karak di sini, menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.
Tong hitam seberat kira-kira 50 kilogram yang dipercayai berisi bahan kimia jenis sodium sianida dalam bentuk pepejal seperti digunakan dalam perlombongan emas itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk adakah ia digunakan secara haram bagi melombong emas di kawasan berhampiran.
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang berkata, tong-tong tersebut ditemukan orang awam sebelum dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar kelmarin.
"Walaupun label di tong berkenaan menunjukkan ia adalah bahan kimia digunakan dalam perlombongan emas, Jabatan Alam Sekitar yang membuat pemantauan pada hari yang sama mengambil sampel dan dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor bagi mengenalpasti bahan kimia berkenaan.
"Kita memandang serius perkara ini dan siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa, tindakan tegas mengikut undang-undang akan dibuat sekiranya didapati mana-mana pihak yang bertanggungjawab meletakkan bahan kimia berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut Mohd Sharkar, Jawatankuasa Pembuangan Sisa Toksik yang terdiri daripada pelbagai agensi dipengerusikan beliau sendiri akan terus melakukan pemantauan berterusan sementara menunggu keputusan ujian sampel.
Katanya, sebagai tindakan segera pihak berkuasa hari ini telah melakukan operasi bersepadu bersama polis dan pelbagai agensi di lombong emas berhampiran.
"Kita telah melakukan serbuan ke lombong emas berhampiran dan kita serahkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains serta Pejabat Tanah dan Galian untuk tindakan lanjut. Jika didapati bersalah kita akan kompaun dan ambil tindakan undang-undang," ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Wilayah Felcra Pahang, Datuk Abdul Mutalib Tais berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan kes itu tidak ada kaitan dengan Felcra.
"Malah di kawasan ladang Felcra juga kami telah mengenal pasti tiada apa-apa aktiviti perlombongan emas sekiranya bahan kimia berkenaan dikatakan untuk digunakan bagi melombong emas," tambahnya.
Astro Awani
Sat Aug 03 2019

Sebanyak 15 tong dram dipercayai berisi bahan kimia pepejal di Felcra Sempa dekat Karak di sini menimbulkan keresahan penduduk setempat. - Foto ihsan bomba

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Penduduk Karak resah penemuan 15 tong berisi bahan kimia
Sebanyak 15 tong dram dipercayai berisi bahan kimia pepejal di kawasan ladang kelapa sawit Felcra Sempa dekat Karak di sini menimbulkan keresahan penduduk setempat.