Penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung perlu terus bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku berikutan proses pertukaran monsun yang dialami kini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau menjangkakan proses pertukaran monsun akan selesai sepenuhnya akhir November ini.
"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan gelombang kedua akan berlaku sehingga tamat pertukaran monsun ini, iaitu dalam minggu pertama November.
"Tetapi melihat kepada keadaan, saya jangka sehingga hujung bulan ini ia baru akan selesai sepenuhnya kerana keadaan cuaca pun sangat tidak menentu sekarang," kata beliau kepada wartawan di sini hari ini.
Sabtu lepas, Pulau Pinang dilanda banjir luar biasa sehingga melumpuhkan sistem infrastruktur di negeri itu dan mengorbankan tujuh nyawa.
Mengenai dana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk projek mitigasi banjir di Pulau Pinang, Wan Junaidi berkata kementerian itu melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran bersedia untuk melaksanakan kajian teknikal ke atas sistem dan infrastruktur sedia ada serta yang diperlukan.
Katanya antara aspek yang akan diberi perhatian ialah sistem perparitan dan saliran, kolam takungan dan penambakan pesisir pantai.
"Banjir luar biasa pada Sabtu lepas menunjukkan kemudahan mitigasi banjir sedia ada tidak mencukupi," katanya.
Najib dalam lawatannya ke Pulau Pinang pada Selasa telah mengumumkan bantuan RM1 bilion untuk melaksanakan 13 projek mitigasi banjir di negeri itu.
Dalam hal lain, Wan Junaidi berkata satu kolokium mitigasi banjir akan diadakan pada Januari depan untuk melihat model terbaik dan berkesan untuk membendung ancaman banjir di setiap negeri di Malaysia.
Terdahulu semasa melawat Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini, Wan Junaidi berkata beliau sendiri akan menyediakan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Kabinet mengenai permohonan sekolah itu untuk melanjutkan sewaan sebidang tanah seluas 1.2 hektar yang dipunyai kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembinaan sebuah kompleks sukan sekolah itu, daripada 30 tahun kepada 99 tahun.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2017
Wan Junaidi mahu penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung perlu terus bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku berikutan proses pertukaran monsun yang dialami kini.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.
Banjir: Operasi IPD Penampang terjejas akibat dinaiki air
Hampir kesemua fasiliti di kawasan ini terjejas teruk akibat banjir dan menyukarkan pasukan petugas untuk keluar memberikan bantuan.