SEREMBAN: Sebanyak 142 kes penderaan kanak-kanak direkodkan di Negeri Sembilan dalam tempoh enam bulan sejak Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Rosnah Sardi.
Katanya daripada jumlah itu, kes penderaan fizikal merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 85 kes, diikuti penderaan seksual 36 kes, pengabaian (13), dera emosi (4) dan ditinggalkan ibu bapa atau tiada ibu bapa (4).
"Pada tahun lepas, kes penderaan fizikal turut mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 60 daripada 160 kes bagi tempoh sama dengan keseluruhan kanak-kanak diselamatkan bagi 2020 ialah 341 individu.
"Kes penderaan dan penganiayaan membabitkan kanak-kanak itu memberi isyarat jelas bahawa ia sesuatu yang membimbangkan dan perlu ditangani segera," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak yang diselamatkan itu akan diserahkan kepada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS), terdiri daripada saudara mara ibu bapa atau penjaga yang disyaki mendera mereka, atau mana-mana individu yang layak serta sesuai, untuk memberi perlindungan dan kebajikan kepada kanak-kanak terbabit.
Selain itu, mereka juga akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak atau tempat selamat yang diwartakan di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001 bagi tempoh tiga tahun atau sehingga berumur 18 tahun.
Rosnah berkata antara faktor berlakunya penganiayaan terhadap kanak-kanak ialah masalah kewangan, kecuaian ibu bapa, kepincangan dalam keluarga seperti pengambilan dadah, kelahiran anak tanpa perkahwinan yang menyebabkan bayi ditinggalkan.
Justeru, katanya, pelbagai usaha dilakukan JKM bagi menangani masalah tersebut, termasuk menyediakan khidmat sokongan dan advokasi kepada keluarga dan kanak-kanak yang berisiko tinggi terdedah pada penderaan dan pengabaian, melalui sembilan pusat aktiviti kanak-kanak di negeri ini.
Beliau berkata pihaknya turut bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Negeri menerusi program Kempen Keselamatan Kanak-Kanak 'Sahabat Bijak'.
"Program ini dijalankan di sekolah menengah dan rendah bagi memberi pendedahan mengenai isu keselamatan serta perlindungan kepada kanak-kanak. Sejak diperkenalkan pada 2017, seramai 4,345 kanak-kanak mendapat manfaatnya," katanya sambil menyeru semua pihak memainkan peranan mereka dan lebih peka terhadap isu sekeliling.
"Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih 15999 dan WhatsApp di talian 019-2615999 yang beroperasi setiap hari sekiranya ada kanak-kanak didera oleh mana-mana pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021

Sebanyak 142 kes penderaan kanak-kanak direkodkan di Negeri Sembilan dalam tempoh enam bulan sejak Januari lepas. -Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Penderaan fizikal kanak-kanak rekod angka tertinggi di Negeri Sembilan setakat Jun
Kes penderaan fizikal merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 85 kes, diikuti penderaan seksual 36 kes, pengabaian (13), dera emosi (4) dan ditinggalkan ibu bapa atau tiada ibu bapa (4).