PUTRAJAYA: Sekumpulan pendatang tanpa izin warga Indonesia yang membuat penempatan haram di kawasan hutan Puncak Alam, Selangor nekad melompat ke cerun curam dalam cubaan meloloskan diri daripada serbuan Operasi Penguatkuasaan Imigresen Bersepadu, Sabtu lepas.
Ada antara mereka juga cuba melarikan diri melalui lorong-lorong di hutan berkenaan namun gagal setelah kawasan tersebut dikepung oleh pasukan serbuan terlebih dahulu dalam operasi pada kira-kira 2 pagi itu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata seramai 95 individu telah diperiksa dan 39 daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, ditahan atas pelbagai kesalahan.
"56 lagi tidak ditahan kerana mempunyai slip pendaftaran program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata serbuan dilakukan 110 orang pegawai imigresen daripada Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya yang turut dibantu 13 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Ruslin berkata pasukan operasi berdepan cabaran terpaksa berjalan kaki di dalam gelap hampir 15 minit untuk sampai ke penempatan haram tersebut melalui jalan hutan.
"Mencabar kerana penempatan haram ini berada jauh dari laluan utama dan dikelilingi cerun yang curam, selain terdapat banyak lorong-lorong yang tersembunyi yang memudahkan pendatang asing berkenaan meloloskan diri," katanya.
Ruslin berkata maklumat dan laporan penempatan haram berkenaan akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata antara kesalahan mereka yang ditahan ialah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa, selain melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Kesemua tahanan, yang berumur antara dua dan 59 tahun, kini ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
![Pendatang tanpa izin buat penempatan haram nekad terjun cerun elak ditahan Pendatang tanpa izin buat penempatan haram nekad terjun cerun elak ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680277044_RuslinJusoh.jpg)
Ruslin berkata seramai 95 individu telah diperiksa dan 39 daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, ditahan atas pelbagai kesalahan. - Gambar fail/Bernama
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350205_TBMadani.jpg)
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
AWANI 7:45 [07/07/2024] - Peringatan Agong | Usah korban jati diri demi kuasa | Isu buli siber jadi tumpuan | Nasib berbeza dua 'gergasi' bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
![1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini 1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720353771_AdlyZahari.jpg)
1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini
Kementerian Pertahanan menyasarkan 1,400 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Program Veteran Desa Madani (VDM) seluruh negara tahun ini.
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720171813_MeorHezbullah.jpg)
Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera
Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
![Medan selera kompleks beli-belah gaji pendatang tanpa izin digempur Medan selera kompleks beli-belah gaji pendatang tanpa izin digempur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718980039_PATI.jpg)
Medan selera kompleks beli-belah gaji pendatang tanpa izin digempur
Sebanyak 16 pendatang tanpa izin dan dua warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di medan selera sebuah kompleks beli-belah di Taman Melati hari ini.
![Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716278497_PATI.jpg)
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
![Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716019334_JabatanImigresenMa.jpg)
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
![Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706879167_TBImigresen.jpg)
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
![Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714943752_JIMPerakpelacuran.jpg)
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
![Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711183601_FaizalShamsudin.jpg)
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
![Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704786638_RuslinJusoh.jpg)
Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang
Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah kilang barangan kitar semula menahan 48 pendatang asing tanpa izin di Klang, semalam.
![Setahun tinggal tanpa permit, pendatang tanpa izin dicekup Imigresen Setahun tinggal tanpa permit, pendatang tanpa izin dicekup Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710580857_pendatangtanpaizin.jpg)
Setahun tinggal tanpa permit, pendatang tanpa izin dicekup Imigresen
358 pendatang tanpa izin diperiksa dengan 158 daripadanya ditahan kerana tinggal di Malaysia tanpa pas/permit yang sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
![Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41680066328_EKad.jpg)
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.