KUALA LUMPUR: Pendapatan rendah dan isu ekonomi antara faktor utama menjadikan Selangor berada pada kedudukan terendah dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ini berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang merekodkan indeks kebahagiaan di Selangor iaitu 5.74 peratus berbanding indeks nasional 6.48 peratus.
"Indeks paling tinggi direkodkan di Labuan iaitu 9.29 peratus diikuti Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu dan Selangor paling bawah. Apa yang paling rendah kalau ikut komponennya adalah pendapatan dan ekonomi.
"Sebab itulah hari ini kita bawakan program KASIH@SMILE di kawasan komuniti Putra Perdana, Puchong bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada usahawan kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), selain program sokongan lain seperti Wanita Bangkit yang menawarkan peluang pekerjaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program KASIH@SMILE di Dewan Komuniti Putra Perdana, Puchong dekat sini hari ini.
Rina berkata usaha mempertahankan keutuhan institusi keluarga serta mengekalkan tahap kesejahteraan keluarga merupakan tanggungjawab bersama semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan mahupun setiap individu dalam keluarga.
Pada majlis itu, Rina turut menyumbangkan 1,000 topi keledar kepada kanak-kanak yang memerlukan di komuniti itu.
Program KASIH@SMILE diadakan sempena Bulan Keluarga Malaysia yang disambut pada November bertemakan 'Kasih Keluarga Malaysia'.
Pelbagai aktiviti disusun seperti bual bicara yang menampilkan personaliti dan pakar kekeluargaan; pameran dan perkhidmatan di bawah KPWKM; program e-sukan dan aktiviti sukan indoor; serta program kerohanian Maulid Akhbar yang akan dikendalikan oleh kumpulan nasyid terkenal tanah air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Rina berkata ini berdasarkan laporan DOSM yang merekodkan indeks kebahagiaan di Selangor iaitu 5.74 peratus berbanding indeks nasional 6.48 peratus. - Gambar fail

Pelancong Republik Czech mengaku salah conteng dinding Maritim Malaysia
Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu kepada Brukner Martin, 33, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris.
Qantas Airways isytihar dividen pertama selepas lima tahun
Syarikat penerbangan Australia Qantas Airways mengisytiharkan dividen pertamanya dalam tempoh lebih lima tahun dan melaporkan peningkatan 11.2 peratus dalam keuntungan asas separuh pertamanya pada Khamis.
Nusantara jana pelaburan baharu bernilai 1.2 trilion Rupiah
Pihak Berkuasa Nusantara menandatangani perjanjian permit penggunaan tanah dan peruntukan aset dengan empat pelabur swasta dan sebuah universiti.
Brazil komited bangunkan platform pembayaran tambahan
BRICS merancang mencari platform alternatif untuk tujuan melakukan pembayaran antara negara-negara anggotanya.
CSG umum kerjasama China-Laos dalam sektor tenaga bersih
Grid Kuasa Selatan China (CSG) mengumumkan bahawa pembinaan Projek Jaringan Transmisi Kuasa 500 kilovolt (KV) hasil kerjasama China-Laos bermula secara rasmi pada Rabu.
EU akan bertindak balas terhadap pengumuman tarif AS
Kesatuan Eropah (EU) bersedia mengambil tindakan pantas dan tegas sebagai tindak balas kepada tarif yang dijangka diumumkan oleh Amerika Syarikat.
Banyakkan bersabar, lebihkan senyuman, kurangkan pertelingkahan - Syahredzan
Ahli Parlimen Bangi merangkap Pengerusi Sementara Dewan Rakyat, Yang Berhormat Syahredzan Johan mewakili Tan Sri Yang di-Pertua mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa yang akan bermula pada hujung minggu ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
AS bakal umum tarif ke atas kesatuan Eropah
Dalam perkembangan sama, Trump mengumumkan bahawa pentadbirannya dijangka akan membuat keputusan mengenakan tarif 25 peratus ke atas produk dari kesatuan Eropah (EU), termasuk kereta.
Tiada rancangan tarik semula keputusan tarif
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan pihaknya tidak akan menarik semula rancangan mengenakan tarif ke atas barangan dari Kanada dan Mexico.
Untung bersih RHB Bank melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan 2024
Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.

Kewangan Bersatu kritikal - Rina Harun
Kedudukan kewangan Bersatu agak kritikal ketika ini, susulan pembekuan dan sitaan oleh SPRM sejak Januari 2023.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.

Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.

PRN Selangor: Isu pembangunan Batu Tiga jadi fokus Rina, Danial dan Cheda
Pelbagai perubahan dari sudut infrastruktur dan ekonomi sosial boleh dibuat di DUN Batu Tiga sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos ini.

PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.

Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.

PRU15: Tersungkur di Sepang, Rina Harun anggap bukan rezeki
Rina tetap berbangga kerana telah berusaha untuk kampung halamannya.

PRU15: Rina Harun mahu jadikan Sepang hab ekonomi dan pelancongan
Datuk Seri Rina Harun berhasrat menjadikan Sepang sebagai hab ekonomi dan pelancongan negara.

PRU15: Bersatu keluar PH bukan tindakan pengkhianat - Rina Harun
Sebaliknya, Rina berkata, tindakan itu diambil kerana mahu menyelamatkan agama, bangsa dan negara.