KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo tidak akan meneruskan samannya terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan 12 pihak lain berhubung penahanan dan pendakwaan salah terhadapnya berkaitan kes pecah amanah wang AIAC.
Ini berikutan Sundra Rajoo telah memfailkan notis pemberhentian menerusi Tetuan Cheok Ng Lee Law Chambers pada 8 Mac lepas.
Berdasarkan sistem mahkamah, notis pemberhentian itu menyatakan Sundra Rajoo selaku plaintif memberhentikan sepenuhnya tindakan saman yang difailkannya pada 15 Okt 2021 terhadap defendan-defendan tanpa perintah untuk kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula tuntutan saman tersebut.
Perkara itu disahkan oleh peguam TJ Lee, yang mewakili Sundra Rajoo ketika dihubungi hari ini.
Menurut Lee, saman itu tidak diteruskan kerana penyelesaian kes dicapai dengan kerajaan Malaysia dan satu daripada terma penyelesaian ialah untuk menarik balik kes.
"Namun syarat-syarat perjanjian penyelesaian tidak dapat didedahkan," kata peguam itu.
Pada 21 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Thomas dan 12 lagi selaku defendan untuk membatalkan saman Sundra Rajoo selepas memutuskan bahawa saman itu bukanlah kes yang sesuai dan wajar untuk dibatalkan kerana ia bukan kes yang mudah kerana fakta naratif dalam pernyataan tuntutan melebihi satu halaman.
Defendan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan rayuan itu sepatutnya didengar pada 13 Jun ini di Mahkamah Rayuan.
Selain Thomas, turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull, beberapa pegawai SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Khong Hui Li, Mohd Adrian Zaiman Zainiar, Md Yusrin Md Yusof, Mohd Fadhly Mohd Zamry, T. Nesavan, G. Sharan Raj, Hasmizzy Md Hasim, Kamal Baharin Omar dan Mohd Zaki Mohd Salleh serta SPRM dan kerajaan Malaysia.
Pernyataan tuntutan Sundra Rajoo mendakwa, atas arahan Mohamad Shukri dan Thomas, pegawai SPRM Mohd Adrian serta Md Yusrin telah menahannya secara salah dari 8 malam pada 20 Nov 2018 hingga 5 petang, 21 Nov 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Beliau mendakwa penahanan itu bercanggah dengan Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Sundra Rajoo mendakwa Mohd Adrian dan Md Yusrin telah menahannya walaupun telah dimaklumkan bahawa beliau telah diberikan keistimewaan serta kekebalan ejen diplomatik atas kapasitinya sebagai Pengarah AIAC ketika itu.
Susulan itu, Sundra Rajoo mendakwa beliau telah ditahan reman serta disingkirkan daripada jawatannya sebagai Pengarah AIAC dan akibat penahanan itu, beliau telah diejek manakala reputasinya turut terjejas.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3,749,557.26, ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Sundra Rajoo selaku plaintif memberhentikan sepenuhnya tindakan saman yang difailkannya pada 15 Okt 2021 terhadap defendan-defendan tanpa perintah untuk kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula tuntutan saman tersebut. -Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pendakwaan salah: Sundra Rajoo tidak teruskan saman terhadap Tommy Thomas, 12 lagi
Ini berikutan Sundra Rajoo telah memfailkan notis pemberhentian menerusi Tetuan Cheok Ng Lee Law Chambers pada 8 Mac lepas.

Rayuan Thomas batal saman Sundra Rajoo didengar 13 Jun
Rayuan Tommy Thomas dan 12 lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Sundra Rajoo berhubung penahanan serta pendakwaan salah terhadapnya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Jun.

Tommy Thomas, 12 lain mohon batal saman Sundra Rajoo berhubung pendakwaan salah
Sundra Rajoo selaku plaintif turut menamakan Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull sebagai defenden.