KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon kepada mahkamah supaya Timbalan Perdana Menteri itu dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya ingin memberhentikan prosiding bagi kesemua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid, yang memberi kesan tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.
"Selaras dengan peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah, pihak pendakwaan ingin memberhentikan prosiding ke atas semua pertuduhan terhadap tertuduh (Ahmad Zahid) dengan mengemukakan 11 alasan," katanya.
Prosiding ditangguh seketika untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan, selepas peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili yang Ahmad Zahid memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan.
Ahmad Zahid, 70, telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar kesemua pertuduhan terhadapnya digugurkan.
Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas manakala kedua, dihantar kepada AGC dengan fakta dan bukti baharu, pada Februari.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan. Pihak pembelaan setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Ahmad Zahid untuk memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. - Foto Sinar Harian

Muhd Idzwan Syafiq ubah corak pemakanan, lawan penyakit buah pinggang
Muhd Idzwan pernah dianggap tidak mempunyai harapan untuk pulih selepas berdepan kegagalan buah pinggang akibat corak pemakanan tidak sihat.

Presiden Syria tandatangani deklarasi Perlembagaan, lancar rangka kerja peralihan lima tahun
Deklarasi itu mengarahkan pembubaran Mahkamah Perlembagaan sedia ada, yang dilabel sebagai "sisa rejim terdahulu".

Projek atasi hakisan di Pantai Puteri dijangka siap sebelum 2027 - Exco
Projek mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan di Pantai Puteri sedang dilaksanakan dengan peruntukan lebih RM20 juta.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.