Sebuah jawatankuasa pakar yang ditugaskan merangka dokumen berkenaan membentangkannya kepada al-Sharaa pada Khamis, dengan menggariskan ketetapan utama bagi era pasca-Assad.
Deklarasi itu mengarahkan pembubaran Mahkamah Perlembagaan sedia ada, yang dilabel sebagai "sisa rejim terdahulu".
Sebagai gantinya, Presiden akan diberi kuasa untuk melantik Mahkamah Perlembagaan baharu yang akan berfungsi di bawah rangka kerja perundangan sedia ada sehingga sistem kehakiman baharu diwujudkan.
Jawatankuasa itu menekankan kepentingan kebebasan badan kehakiman dan peranan utama hakim dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
Ia turut menyatakan bahawa sebarang keputusan berhubung pemecatan, penyingkiran atau had kuasa presiden akan ditentukan oleh Badan Perundangan Syria, iaitu Parlimen negara itu.
-- BERNAMA
