PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.
Mengikut sumber Jabatan Peguam Negara, notis rayuan itu difailkan kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
Pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
BACA: Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah
Hakim Datuk Suraya Othman, yang membacakan keputusan majoriti 2-1 itu berkata mahkamah mendapati cek RM2 juta yang diterima Tengku Adnan daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong adalah sumbangan politik kepada UMNO.
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersetuju dengan Hakim Suraya manakala Hakim Datuk Abu Bakar Jais, menolak rayuan Tengku Adnan.
Hakim Abu Bakar ketika menolak rayuan itu berkata beliau bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Tengku Adnan telah menerima cek itu untuk dirinya sendiri dan ia bukan sumbangan politik untuk UMNO.
Pada 21 Dis tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta terhadap Ahli Parlimen Putrajaya itu selepas mendapati beliau bersalah atas pertuduhan tersebut di akhir kes pembelaan.
Tengku Adnan, 70, didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
![Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Tengku Adnan ke Mahkamah Persekutuan Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Tengku Adnan ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626689793_TengkuAdnansaksi.jpg)
Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Gambar fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![PRU15: Ku Nan 'dibaham' Radzi di Putrajaya PRU15: Ku Nan 'dibaham' Radzi di Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668874881_TBMASHUPKUNANR.jpg)
PRU15: Ku Nan 'dibaham' Radzi di Putrajaya
Radzi Jidin berjaya memungut 16,002 undi sekali gus memperolehi majoriti 2,310 undi mengalahkan Ku Nan yang mendapat 13,692 undi.
![Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Tengku Adnan ke Mahkamah Persekutuan Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Tengku Adnan ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626689793_TengkuAdnansaksi.jpg)
Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Tengku Adnan ke Mahkamah Persekutuan
Pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
![Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626407591_BekasMenteriWilaya.jpg)
Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah
Pada 21 Disember tahun lalu, Tengku Adnan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.
![Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608524323_TengkuAdnan.jpg)
Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.
![RM2 juta masuk poket Ku Nan sendiri - Mahkamah RM2 juta masuk poket Ku Nan sendiri - Mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608556029_TengkuAdnanKunan.jpg)
RM2 juta "masuk poket" Ku Nan sendiri - Mahkamah
Hakim Mohamed Zaini berkata dakwaan Tengku Adnan mendahulukan lebih RM2 juta untuk PRK adalah suatu yang difikirkan kemudian.
![10,000 hadir meriahkan majlis perkahwinan pandu lalu anak Tengku Adnan 10,000 hadir meriahkan majlis perkahwinan pandu lalu anak Tengku Adnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608452030_MajlisWalimatulurus.jpg)
10,000 hadir meriahkan majlis perkahwinan "pandu lalu" anak Tengku Adnan
Majlis perkahwinan yang bertemakan adat Jawa itu diadakan di atas pentas khas yang didirikan di hadapan bangunan Istana Kehakiman bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.
![Ku Nan setuju bayar cukai lebih RM40 juta kepada LHDN Ku Nan setuju bayar cukai lebih RM40 juta kepada LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41591946025_TengkuAdnansaksi.jpg)
Ku Nan setuju bayar cukai lebih RM40 juta kepada LHDN
LHDN, dalam tuntutannya sebelum ini menuntut Ahli Parlimen Putrajaya itu membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.
!['Rekod belanja RM1.013 juta ketika PRK Sungai Besar dilupuskan' 'Rekod belanja RM1.013 juta ketika PRK Sungai Besar dilupuskan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71583384900_TBTENGKUADNAN.jpg)
'Rekod belanja RM1.013 juta ketika PRK Sungai Besar dilupuskan'
Mahkamah Tinggi diberitahu, tarikh dan rekod perbelanjaan dilupuskan selepas sebulan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor berlangsung.
![5 topik untuk sembang hari ini 5 topik untuk sembang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577483498_TBTOPIK.jpg)
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
![Nazri juga punca BN kalah pada PRU14 - Tengku Putra Nazri juga punca BN kalah pada PRU14 - Tengku Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555206436_datuktengku.jpg)
Nazri juga punca BN kalah pada PRU14 - Tengku Putra
Nazri Abdul Aziz disaran mengambil tanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas kerana menjadi punca kemarahan berjuta umat Islam negara ini.