PUTRAJAYA:Kira-kira 10,000 jemputan hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak lelaki Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diadakan dengan konsep pandu lalu di Dataran Putrajaya, Presint 3 hari ini.
Majlis perkahwinan yang bertemakan adat Jawa itu diadakan di atas pentas khas yang didirikan di hadapan bangunan Istana Kehakiman bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.
Para tetamu yang hadir melalui jalan Dataran Putrajaya berpeluang melihat pasangan pengantin Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan dan Oceane Cyril Alagia melambaikan tangan dari pentas dan kemudian mengambil juadah makanan yang disediakan di khemah khas secara panda lalu.
Tengku Muhammad Hafiz berkata beliau dan keluarga berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut walaupun diadakan secara norma baharu.
"Konsep majlis ini diadakan adalah cetusan idea daripada ayah saya sendiri, Tengku Adnan yang mahu majlis ini turut diraikan bersama seluruh warga Putrajaya yang saya anggap sebagai keluarga saya sendiri kerana telah membesar di sini sejak kecil," katanya.
Beliau yang sedang menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia berkata majlis tersebut dilaksana dengan mematuhi prosedur operasi standard dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dalam usaha mengawal pandemik COVID-19.
"Saya amat bersyukur dan gembira kerana majlis ini berjalan lancar dan meriah walaupun diadakan secara berlainan daripada kebiasaan," katanya.
Acara tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Jawa dan artis tempatan yang turut disiarkan di skrin besar di tepi pentas berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020
Pasangan pengantin Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan dan isteri Oceane Cyril Alogia melambai tangan pada Majlis Walimatulurus mereka dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP). - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya
Datuk Mohd Radzi Md Jidin kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen yang difailkan.
PRU15: Ku Nan nafi janji RM300 untuk pengundi luar
Calon BN di Putrajaya itu sifatkan mesej tersebut suatu tindakan jahat dan fitnah terhadapnya.
PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat
Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan jumlah calon yang ramai.
Selepas digantung keahlian, Tun Faisal dipecat daripada UMNO?
Tun Faisal menjelaskan, beliau mengetahui mengenai berita pemecatannya daripada parti melalui rakan-rakan dan sebuah portal berita pada Sabtu.
'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar
Menurut Saiful Bahar, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.
Kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan: PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara
Majlis Presiden PH akan teliti kemungkinan tindakan tersebut melanggar perjanjian persefahaman antara PH dan kerajaan.
'Demi Allah, saya tidak akan khianati UMNO' - pengakuan Ku Nan dijanji jawatan TPM
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengakui pernah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) oleh kerajaan sebelum ini sekiranya bersedia lompat parti dan meninggalkan UMNO.
Pihak yang tarik sokongan kepada Muhyiddin berkepentingan peribadi - Nazri
Pendedahan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin itu membuktikan keputusan menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini.
Keputusan rayuan Ku Nan atas sabitan rasuah hari ini
Keputusan itu dijadualkan untuk disebut di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh panel tiga hakim yang bersidang.
Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini
Keputusan rayuan Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan diketahui Jumaat ini.