KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa, pendakwaan terhadapnya di mahkamah adalah kerana tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ketika itu.
Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu berkata permintaan untuk menyokong Muhyiddin, bagi mengelak beliau didakwa di mahkamah adalah sesuatu yang salah.
Syed Saddiq berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya Gobind Singh Deo, pada hari kedua prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Gobind: Apa yang kamu maksudkan ia sesuatu yang salah?
Syed Saddiq: Permintaan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun secara peribadinya saya tidak mempunyai masalah dengan beliau (Muhyiddin) Yang Arif, tetapi jika perkara itu (menyokong Muhyiddin) akan menghentikan pendakwaan, ia adalah salah. Perkara itu diberitahu pegawai penyiasat yang menyiasat saya dan serbu rumah saya.
"Dia (pegawai penyiasat) bersama saya setiap hari semasa saya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai penyiasat itu beritahu, SPRM adalah alat politik apabila bertukar kerajaan dan saya adalah mangsa pendakwaan politik. Itu tidak betul dan saya harap perkara ini diperbetulkan," katanya.
Gobind: Sekiranya kamu tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin, pendakwaan akan dikenakan terhadap kamu, itu yang anda katakan? Bagi kami ia suatu yang salah?
Syed Saddiq: Betul Yang Arif, ia perkara yang salah Yang Arif.
Pada prosiding semalam, peguam Haijan Omar merujuk Syed Saddiq dengan transkrip rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan antara Syed Saddiq dengan seorang pegawai kanan SPRM dikenali sebagai Ihsan.
Dalam transkrip itu, Ihsan dikatakan cuba memujuk Syed Saddiq supaya menyokong Muhyiddin, kerana bekas Perdana Menteri tersebut yang membawa beliau memasuki Bersatu, masih mengambil berat terhadapnya dan memaklumkan bahawa SPRM menjadi 'alat' apabila berlaku pertukaran kerajaan.
Kepada soalan Gobind, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata keterangannya di mahkamah adalah benar dan bukan difikirkan kemudian.
Sementara itu, Syed Saddiq bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bahawa bekas Penolong Bendahari Armada Bersatu Rafiq Hakim Razali, yang memindahkan dana RM120,000 daripada akaun Maybank atas nama Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke akaun Maybank milik Syed Saddiq.
Ditanya Wan Shaharuddin, Rafiq Hakim yang memindahkan wang itu kerana beliau (Rafiq Hakim) adalah pemilik akaun ABBE, Syed Saddiq menjawab, "Betul".
Presiden MUDA itu juga bersetuju bahawa, beliau tidak menunjukkan sebarang resit perbelanjaan bagi kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk dirinya sendiri, yang bertanding di Parlimen Muar kepada Rafiq Hakim dan tidak memaklumkan bahawa RM120,000 adalah bayaran balik kepada perbelanjaan kempen tersebut.
Ditanya semula oleh Gobind, mengapa Syed Saddiq tidak menunjukkan resit dan memaklumkan kepada Rafiq Hakim mengenai perbelanjaan bagi kempen PRU14, anak guamnya itu menjawab, Rafiq Hakim tidak terlibat dalam kempennya dan hanya meminjamkan akaunnya untuk memasukkan dana tersebut (RM120,000).
Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Anak kelahiran Johor Bahru itu, didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
![Pendakwaan dibuat kerana tidak sokong Muhyiddin - Syed Saddiq Pendakwaan dibuat kerana tidak sokong Muhyiddin - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664267682_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq hadir pada prosiding bela diri atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah wang RM1 juta, salah guna harta RM120,000 dan pengubahan wang haram (AMLA) RM100,000. - Fail/BERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697541175_SyedSaddiq.jpg)
Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.
![Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739578700_TBSyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.
![Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738639286_TBbellaastillah.jpg)
Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?
![Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732871905_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
![Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733990077_TBSyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.
![Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727946629_SyedSaddiq.jpg)
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
!['Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq 'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733990077_TBSyedSaddiq.jpg)
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
![Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727946629_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.
![Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731483598_TBSyedSaddiq.jpg)
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
![Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730027070_AnwarIbrahim.jpg)
Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.