KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika menaiki Gunung Denali, Alaska, gunung tertinggi di Amerika Utara.
Mangsa, Zulkifli Yusuf, 37 tahun, disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field' pada ketinggian 19,700 kaki dari aras laut.
Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Zulkifli bersama seorang lagi mangsa, Zainudin Lot, terkandas di Gunung Denali sejak Selasa lepas.
Punca kematian Zulkifli disyaki akibat 'high altitud cerebral edema' dan 'hyporthermia' dan perkara itu akan disahkan melalui bedah siasat.
“Pihak penyelamat membuat beberapa percubaan untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan helikopter namun tidak berjaya kerana faktor cuaca yang berkabus dan angin kencang.
“Bagaimanapun, Zainudin berjaya dikeluarkan pada Jumaat oleh pihak penyelamat dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Talkeetna, Alaska.
“Pihak konsular Malaysia di Los Angeles telah dimaklumkan dan mereka akan membantu mangsa untuk proses seterusnya.
"Pihak keluarga juga telah dimaklumkan," menurut kelab itu, sambil mengucapkan takziah dan memohon doa dari rakyat Malaysia.
Sementara itu, seorang lagi pendaki, Illaham Ishak, 47 tahun, diselamatkan terlebih dahulu beberapa hari sebelum itu dan kini dirawat di hospital Anchorage Alaska.
Dia mengalami radang dingin tangan dan kaki.
Jenazah Zulkifli masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah akan mengambil masa bergantung kepada cuaca.
Azyyati Ahmad
Sat Jun 01 2024
Menurut kenyataan Kelab Jelajah Alpine Malaysia, Zulkifli (gambar) terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali sejak Selasa. - Foto Kelab Jelajah Alpine Malaysia
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Jenazah pendaki maut di gunung Alaska tiba di tanah air
Jenazah pendaki Malaysia Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, yang meninggal dunia semasa menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika utara, selamat tiba di tanah air pagi ini.
Pendaki maut di gunung Alaska: Zulkifli sempat hantar isyarat kepada keluarga
Keluarga Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, tidak menyangka Allahyarham akan menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan aktiviti paling digemarinya.
Proses bedah siasat jenazah pendaki rakyat Malaysia selesai
Proses bedah siasat jenazah pendaki Zulkifli Yusuf telah selesai dijalankan pada Isnin (waktu tempatan) dan kini jenazah ditempatkan di rumah mayat untuk proses membawa pulang ke Malaysia.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.