KUALA LUMPUR: Seramai 2,714 individu telah menerima ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) setakat 30 Sept lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata berdasarkan analisis sehingga bulan keenam penggunaan PrEP menunjukkan terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit sifilis daripada 11 peratus kepada kurang daripada satu peratus.
"(Selain itu), peratus klien yang tidak menggunakan kondom menurun daripada 6.3 peratus kepada 3.9 peratus manakala peratus klien yang mempunyai lebih daripada satu pasangan juga menurun daripada 44.5 peratus kepada 36.1 peratus," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang ingin tahu status program perintis PrEP dan bilakah program itu akan dilanjutkan ke pusat kesihatan yang lain.
Dr Zaliha berkata analisis awal program PrEP juga mendapati terdapat 14 klien yang telah berhenti menggunakan PrEP kerana tidak lagi melakukan aktiviti seksual yang berisiko.
Selain itu, tiga kes positif HIV (0.11 peratus) dicatatkan kerana pengguna tidak patuh kepada pengambilan PrEP, namun beliau berkata kadar itu jauh lebih rendah berbanding negara lain yang melaksanakan PrEP lebih awal.
Pada masa yang sama, katanya program PrEP telah diperluaskan daripada 18 klinik kesihatan kepada 21 klinik pada tahun ini dan akan ditambah sehingga 30 klinik kesihatan pada 2024.
Katanya, pengumpulan data kajian pula dijangka selesai pada 31 Dis tahun ini dengan hasilnya akan dianalisis pada awal tahun 2024 bagi melihat impak kesihatan secara langsung dan tidak langsung susulan pemberian PrEP, iaitu pencegahan HIV dan perubahan tingkah laku berisiko.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
![Pencegahan HIV: 2,714 terima ubat PrEP, jangkitan siflis menurun Pencegahan HIV: 2,714 terima ubat PrEP, jangkitan siflis menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699339520_ZalihaMustafa.jpg)
Dr Zaliha berkata, berdasarkan analisis sehingga bulan keenam penggunaan PrEP menunjukkan terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit sifilis daripada 11 peratus kepada kurang daripada satu peratus. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pencegahan HIV: 2,714 terima ubat PrEP, jangkitan siflis menurun Pencegahan HIV: 2,714 terima ubat PrEP, jangkitan siflis menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699339520_ZalihaMustafa.jpg)
Pencegahan HIV: 2,714 terima ubat PrEP, jangkitan siflis menurun
Seramai 2,714 individu telah menerima ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) setakat 30 Sept lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.