KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah berjaya melaksanakan empat inisiatif sejajar dengan Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri selepas pembentukan Kabinet, 27 Ogos lalu.
KPT dalam satu kenyataan memberitahu, melalui strategi menyemarakkan semangat #KPTPrihatin, ia dilihat signifikan dengan tiga Prinsip Keluarga Malaysia, iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.
“AKM yang pertama ialah pemberian baucar makanan percuma melalui Program FOOD@CAMPUS Keluarga Malaysia kepada pelajar B40 secara bersasar. Pemberian baucar makanan ini adalah atas keprihatinan KPT terhadap beban kos sara hidup yang dihadapi pelajar dan keluarga, khususnya akibat pandemik COVID-19.
“KPT menganggarkan sebanyak 443,760 baucar makanan dapat disediakan dengan nilai sebanyak RM15.00 bagi setiap baucar. Program yang mula dilaksanakan pada 18 Oktober 2021 ini membabitkan peruntukan sebanyak RM6.6 juta,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, AKM kedua ialah pemberian vaksin kepada warga pendidikan tinggi melalui Program VACC2CAMPUS.
“Program ini bertujuan membentuk komuniti kampus selamat selaras dengan pembukaan kampus secara berperingkat mulai 15 Oktober 2021 lalu. KPT mensasarkan 100 peratus warga institut pengajan tinggi (IPT) yang terdiri daripada pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik, berdaftar dalam MySejahtera dan boleh divaksin menerima vaksinasi lengkap.
“AKM ketiga, iaitu pembekalan saringan kit ujian pantas (RTK) kepada pelajar IPT melalui Program RTK@CAMPUS. Ini antara langkah kami dalam memastikan keselamatan warga kampus terpelihara selain mencegah penularan wabak COVID-19.
“Ia melibatkan pelajar sedia ada, pelajar baharu dan juga bagi maksud intervensi kepada pelajar luar kampus yang berulang-alik serta pelajar yang menunjukkan gejala. Sebanyak 1.16 juta unit RTK akan dibekalkan melibatkan kos peruntukan sebanyak RM17.5 juta,” katanya.
Selain itu, AKM keempat, iaitu penawaran peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan kepada pelajar IPT melalui Program GETHIRED@KPT.
Melalui AKM ini, KPT menyasarkan sekurang-kurangnya 13,000 pelajar warganegara Malaysia mendapat penempatan pekerjaan dan penjanaan pendapatan dalam tempoh tiga bulan, iaitu bermula September hingga November 2021.
“Keempat-empat aspirasi yang digariskan ini merupakan manifestasi melengkapkan AKM, iaitu buah fikiran Perdana Menteri. Ia telah disesuaikan dengan slogan #KPTPrihatin yang menjadi hikmat utama kami.
“Kami percaya bahawa sebelum melangkah ke fasa endemik, kesihatan dan kebajikan seluruh warga pendidikan tinggi di negara ini perlu diutamakan pada tahap terbaik,” jelasnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam ucapan Pembentukan Kabinet sebelum ini mengumumkan menteri di 26 kementerian dan lima agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri perlu membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang portfolio.
Ehsan A Marisah
Wed Nov 10 2021
![Pencapaian 100 Hari: KPT sudah berjaya laksana empat inisiatif Pencapaian 100 Hari: KPT sudah berjaya laksana empat inisiatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636538414_KPTM.jpg)
Strategi menyemarakkan semangat #KPTPrihatin dilihat signifikan dengan Prinsip Keluarga Malaysia. - Gambar fail
![Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729211988_EmmanuelMacron.jpg)
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739144347_tbPlymouthArgyleR.jpg)
Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.
Kecerdasan Buatan: Perancis umum pelaburan €109 bilion
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar 109 bilion euro (kira-kira RM530 bilion) dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Perang di Ukraine: Trump bincang dengan Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
![Pangkalan data komprehensif sedang dibangun himpun penyelidikan universiti Pangkalan data komprehensif sedang dibangun himpun penyelidikan universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726746200_MustaphaSakmud.jpg)
Pangkalan data komprehensif sedang dibangun himpun penyelidikan universiti
Selepas ini, sebarang penyelidikan dan inovasi dihasilkan universiti dapat dimanfaat untuk kebaikan bersama.
![Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726738083_TBZAMBRY.jpg)
Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry
KPT menggesa pensyarah tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakaran bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
![Tiada arahan larang IPTA sertai program anjuran negeri pembangkang - KPT Tiada arahan larang IPTA sertai program anjuran negeri pembangkang - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695115705_KLMUC.jpg)
Tiada arahan larang IPTA sertai program anjuran negeri pembangkang - KPT
KPT tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terlibat dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.
![PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690703905_KhaledNordin.jpg)
PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
![KPT tak minat jadi 'polis universiti' - Mohamed Khaled KPT tak minat jadi 'polis universiti' - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680501975_TBKHALEDNORDIN.jpg)
KPT tak minat jadi 'polis universiti' - Mohamed Khaled
KPT tidak berminat untuk menjadi 'polis universiti' dengan mengawal polisi dan dasar pendidikan di Universiti.
![KPT nafi penglibatan penganjuran sidang media G70 KPT nafi penglibatan penganjuran sidang media G70](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51651320793_KPTM.jpg)
KPT nafi penglibatan penganjuran sidang media G70
Menurut KPT, kumpulan itu bukanlah representasi rasmi kakitangan akademik atau profesor daripada insitusi pengajian tinggi (IPT).
![Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666761371_TBKPT.jpg)
Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal meluaskan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) melibatkan seluruh Universiti Awam mulai tahun hadapan.
![KPT harap inisiatif dalam Bajet 2023 dapat diteruskan KPT harap inisiatif dalam Bajet 2023 dapat diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665244208_norainiahmadberna.jpg)
KPT harap inisiatif dalam Bajet 2023 dapat diteruskan
Ia bagi menjaga kebajikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
![Bajet 2023: KPT bukti pelaburan terbaik bina masa depan pelajar - Noraini Bajet 2023: KPT bukti pelaburan terbaik bina masa depan pelajar - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665244208_norainiahmadberna.jpg)
Bajet 2023: KPT bukti pelaburan terbaik bina masa depan pelajar - Noraini
Peruntukan Bajet 2023 untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebanyak RM15.1 bilion dan meningkat sebanyak 4.25 peratus berbanding RM14.5 bilion pada tahun lalu.
![KPT pastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dalam portal RSS KPT pastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dalam portal RSS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/61523433347_PPR.jpg)
KPT pastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dalam portal RSS
Kementerian Pengajian Tinggi akan terus memantau pentadbiran Portal Rumah Sewa Siswa (RSS) bagi memastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dengan kadar mampu milik.