GEORGE TOWN: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak berminat untuk menjadi 'polis universiti' dengan mengawal polisi dan dasar pendidikan di Universiti dalam menetapkan garis panduan berhubung kebenaran kemasukan parti politik ke dalam kampus Universiti.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementerian tidak pernah menghalang mana-mana parti politik untuk memasuki IPTA namun ia mestilah dengan kebenaran pihak pengurusan universiti dan Naib Canselor kampus berkenaan.
"Kita hendak masuk rumah orang minta izin. Saya tidak pernah kawal universiti, jangan tanya saya.
"Parti politik boleh masuk universiti tetapi dengan kebenaran Naib Canselor. Mungkin mereka hendak masuk ada program, contoh menteri datang, jadi kena tanya VC (Naib Canselor) universiti masing-masing.
"Saya sudah beritahu dan tekankan kementerian tidak berminat melakukan educational policing," katanya.
Dalam pada itu, berhubung penubuhan cawangan politik di dalam universiti, Mohamad Khaled menegaskan beliau tidak menyebut parti politik akan dibenarkan menubuhkan cawangan di universiti.
Perkara itu tidak boleh dilakukan kerana pihaknya mahu menumpukan kepada usaha membangunkan kesarjanaan universiti.
Jelasnya, KPT mahu melahirkan graduan yang memiliki ilmu pengetahuan malah mempunyai matlamat membangunkan kekuatan pemikiran mereka dan bukannya taksub kepada sesuatu pemikiran sahaja.
"Tidak boleh, tetapi dia boleh masuk tetapi mesti dengan izin 'tuan rumah', hendak masuk boleh tetapi jangan tubuh cawangan parti politik sebab di sini kita bukan sahaja mahu graduan keluar dari universiti dengan ilmu, tetapi kita nak bangunkan kekuatan pemikiran mereka, kita tidak hendak mereka dari awal menjadi 'taksub' kepada satu-satu pemikiran, kita nak bangunkan kesarjanaan universiti, setiap universiti kena ada kesarjanaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai mengadakan lawatan kerja di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang di Gelugor, Pulau Pinang pada Isnin.
Hadir sama Naib Canselor USM , Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed.
Sementara itu, Mohamed Khaled turut mengalu-alukan keputusan USM untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji agenda Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) yang telah memasuki usia 15 tahun sejak menerima pengiktirafan tersebut pada 2008.
Beliau berkata, USM perlu mengkaji semula agenda tersebut supaya universiti berkenaan dapat terus menjadi universiti perintis dalam mencapai kecemerlangan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Apr 03 2023

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika sidang media selepas melakukan lawatan di Bangunan M11 Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Foto BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pangkalan data komprehensif sedang dibangun himpun penyelidikan universiti
Selepas ini, sebarang penyelidikan dan inovasi dihasilkan universiti dapat dimanfaat untuk kebaikan bersama.

Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry
KPT menggesa pensyarah tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakaran bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Tiada arahan larang IPTA sertai program anjuran negeri pembangkang - KPT
KPT tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terlibat dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.

PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

KPT tak minat jadi 'polis universiti' - Mohamed Khaled
KPT tidak berminat untuk menjadi 'polis universiti' dengan mengawal polisi dan dasar pendidikan di Universiti.

KPT nafi penglibatan penganjuran sidang media G70
Menurut KPT, kumpulan itu bukanlah representasi rasmi kakitangan akademik atau profesor daripada insitusi pengajian tinggi (IPT).

Program 'SULUNG' diperluas mulai tahun depan, sasar 200 pelajar - Noraini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal meluaskan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) melibatkan seluruh Universiti Awam mulai tahun hadapan.

KPT harap inisiatif dalam Bajet 2023 dapat diteruskan
Ia bagi menjaga kebajikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Bajet 2023: KPT bukti pelaburan terbaik bina masa depan pelajar - Noraini
Peruntukan Bajet 2023 untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebanyak RM15.1 bilion dan meningkat sebanyak 4.25 peratus berbanding RM14.5 bilion pada tahun lalu.

KPT pastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dalam portal RSS
Kementerian Pengajian Tinggi akan terus memantau pentadbiran Portal Rumah Sewa Siswa (RSS) bagi memastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dengan kadar mampu milik.