NILAI: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pihaknya terbuka selain sentiasa mengalu-alukan program yang memberi nilai tambah dan memperkasakan universiti serta mahasiswa, namun ia perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Ia tidak benar (larangan IPTA terlibat program) ... kalau tanya universiti contohnya di Johor, Sabah dan Sarawak memang tak ada, saya tak tahu arahan mana dia dengar. Setakat yang saya tahu kita tak pernah keluar arahan itu, kalau sesiapa nak sertai, kena ikut peraturan dan minta kebenaran.
"Contoh kalau nak masuk universiti (penganjur) kena ikut garis panduan, saya pun masuk mana-mana IPT tak boleh suka-suka, kena ada jemputan, nak lakukan apa-apa kena ada kebenaran daripada mereka. Jadi kita ikut prosedur, tak ada masalah kalau peraturan dipatuhi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti yang diadakan selama empat hari bermula semalam membabitkan kira-kira 6,300 graduan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah Dr Haim Hilman Abdullah yang meminta penjelasan KPT tentang perkara berkenaan yang didakwa berlaku di Kedah seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.
Sementara itu, Mohammad Yusof berkata KPT komited untuk memperkasakan kolej komuniti di seluruh negara sekali gus menjadi institusi yang benar-benar mampu mendayaupayakan masyarakat setempat.
Beliau berkata untuk tujuan itu, pihaknya antara lain turut melantik Pengerusi Jawatankuasa Penasihat yang membezakan kolej komuniti dengan IPT lain yang dipengerusikan oleh pemimpin di kawasan komuniti itu sendiri.
"Menteri KPT (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) ada beri pandangan serta cadangan kaedah untuk perkasa kolej supaya lebih selari dengan keperluan industri setempat. Setelah lihat situasi terkini, kita nampak Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan menjamin pasaran kerja," katanya.
Mohammad Yusof berkata sebanyak 132,094 graduan kolej komuniti dilahirkan sejak ditubuhkan pada 2001 hingga April lepas dengan lebih 96 peratus mendapat pekerjaan selepas mengikuti program sijil dan diploma di pusat pengajian berkenaan.
Beliau berkata bagi memperkasakan TVET juga, kementerian turut memperkenalkan program kelayakan mikro di tiga kolej komuniti iaitu di Pasir Gudang, Segamat dan Bandar Penawar di Johor sebagai perintis selain akan memperluas program itu di kolej komuniti lain termasuk Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu, beliau berkata kolej komuniti merupakan institusi untuk semua mempelopori minat dan kemahiran baharu, khususnya kepada golongan belia serta yang berusia selain menyediakan dasar pengambilan secara terbuka.
"Justeru, medan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menjadi pelonjak serta pemangkin kesejahteraan, secara tidak langsung mampu menaik taraf masyarakat sekitar serta komuniti setempat. Mudah-mudahan Kolej Komuniti dapat meneruskan agenda 'merakyatkan ilmu' supaya bangsa dan watan dapat diperkasakan," katanya.
Jelasnya, penglibatan secara langsung daripada industri juga perlu diperkukuh selain kementerian sentiasa berusaha mewujudkan lebih banyak program kolaborasi dengan industri supaya usaha pemadanan kerja bersesuaian dengan kelayakan dapat disinergikan.
Dalam pada itu, beliau berkata KPT akan meneliti dakwaan membabitkan polisi baki sifar iaitu yang mensyaratkan setiap mahasiswa menjelaskan yuran semester terlebih dahulu sebelum dibenarkan mendaftar subjek di sebuah universiti awam tempatan seperti yang tular menerusi laman sosial sejak semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pihaknya terbuka selain sentiasa mengalu-alukan program yang memberi nilai tambah dan memperkasakan universiti serta mahasiswa, namun ia perlu mengikut peraturan yang ditetapkan. - BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT
Usaha mentransformasikan mahasiswa daripada seorang pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi fokus KPT dalam PPPM 2025-2035 yang sedang dirangka.

Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.

UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Pelantikan kedua-dua individu ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.

UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.

Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang.

KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.