KUALA LUMPUR: Pemuda MCA akan menyertai piket "Kepung Demi Palestin" yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Palestin berdekatan Kedutaan Besar Amerika Syarikat bermula 10 malam ini.
Timbalan Ketua Pemuda MCA Mike Chong Yew Chuan berkata keganasan tentera Israel di bumi Palestin perlu dihentikan dengan serta-merta dan penyertaan piket itu adalah sebagai solidariti terhadap Palestin.
"Kami berpendirian sama dengan lebih 60 organisasi termasuk badan bukan kerajaan, gerakan mahasiswa dan entiti politik bahawa keganasan tentera Israel (IDF) di bumi Palestin perlu dihentikan dengan serta-merta.
"Piket simbolik pengepungan terhadap Gaza ini akan berlangsung bermula malam ini, antara lain, untuk mendesak masyarakat antarabangsa supaya membantu mengusahakan gencatan senjata dengan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pemuda MCA tidak mahu bumi Gaza terus dimusnahkan dan tidak sanggup melihat rakyat Palestin terus dibunuh dengan kejam yang angka korban kini telah mencecah 20,000 orang dan terus meningkat.
Pada 30 Oktober lepas, Pemuda MCA telah menyerahkan memorandum kepada Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Kedutaan Palestin sebagai menyokong gencatan senjata segera di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Chong Yew Chuan berkata keganasan tentera Israel di bumi Palestin perlu dihentikan dengan serta-merta dan penyertaan piket itu adalah sebagai solidariti terhadap Palestin. - FB Mike Chong Yew Chuan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRK Balakong: Tidak timbul soal perpecahan dalam BN - Pemuda MCA
Ketuanya Datuk Chong Sin Woon berkata perbincangan telah diadakan bersama setiap parti komponen untuk koordinasi tanggungjawab sewaktu tempoh 21 hari berkempen.

Pemuda MCA mahu buka keahlian kepada masyarakat bukan Cina
Pemuda MCA bercadang untuk membuka keahlian gabungan kepada masyarakat bukan Cina selepas menyedari parti tersebut berdepan dengan masa depan yang tidak pasti.

Pemuda BN diminta ambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang
Pemuda BN diminta mengambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Himpunan Rakyat Bersatu.

Pemuda PAS dan MCA anjur program sempena Piala Dunia
Program dibuat untuk mengajak peminat bola sepak bersama merasai kehangatan 'demam sama' sempena Piala Dunia 2014.

Jangan buat rakyat rasa 'dianiaya'
Petikan ucapan bekas Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong pada Perhimpunan Pemuda MCA pada Khamis.
Kemajuan akan dicapai melalui kestabilan negara
Ketua Biro Strategi dan Perancangan Pemuda MCA, Neil Foo Seck Chyn menyifatkan kestabilan negara sebagai asas kepada kemakmuran dan kemajuan negara.