Kesejahteraan dan kemakmuran terletak pada kestabilan negara.
Itulah kata-kata Ketua Biro Strategi dan Perancangan Pemuda MCA, Neil Foo Seck Chyn.
“Sebagai Pemuda MCA, saya berbangga dengan kemakmuran dan kemajuan berterusan di negara ini dengan asas kestabilan yang wujud,” tambah Neil.
Beliau berkata demikian awal hari ini pada sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh MCA di Bandar Tun Razak.
Menurut beliau, ini merupakan kali pertama MCA mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di lokasi tersebut.
Dijangka serama 10,000 pengunjung yang akan hadir semasa sambutan tersebut dimana sebanyak 60 buah gerai penjaja dibuka di situ.
Pelbagai jenis program dan aktiviti turut disediakan seperti upacara memakan Yee Sang atau ikan mentah iaitu satu tradisi unik yang dimulakan oleh masyarakat Tionghoa di Malaysia.
Pada masa sama, MCA turut akan melancarkan Bas Kestabilan Rakyat yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Bas ini dilancarkan dengan tujuan menjelajah seluruh Malaysia bagi menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa asas kemajuan dan kemakmuran negara terletak pada kestabilan negara," kata beliau.
Astro Awani
Sun Feb 10 2013
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Usaha preventif bendung isu 3R perlu segera dilaksana - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan.

Pengaruh kaum Melayu Islam penting dalam pentadbiran - Abdul Hadi
Dakwaan Anwar bahawa kestabilan negara itu bergantung kepada dasar pentadbiran yang dibawa dan bukannya dengan jumlah Ahli Parlimen sesebuah etnik adalah tidak tepat, kata Hadi.

Perlu ada gangguan konstruktif supaya negara sentiasa berinovasi - Madeline Berma
Sesuatu bentuk gangguan pada sistem dapat membentuk suasana yang menggalakkan kelahiran idea-idea penyelesaian masalah yang baharu.

Proklamasi darurat langkah tepat untuk negara - Ketua Penerangan PBB
Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang menyifatkan pengisytiharan darurat mampu menstabilkan negara.

Agong boleh memprorog Parlimen demi kestabilan negara - Peguam
Menurut peguambela dan peguamcara Datuk Salehuddin Saidin, apabila Parlimen tidak lagi berfungsi pada saat itu, Agong mempunyai kuasa mengambil alih pentadbiran negara.

Peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong dilakukan dengan penuh adab sopan
Beliau berkata walaupun meninggalkan takhta, baginda tetap meletakkan harapan supaya kestabilan dan keamanan negara terus berkekalan.

Peralihan kuasa Tun M kepada Anwar perlu berjalan lancar - Penganalisis
Peralihan kuasa sepertimana dilakukan Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2002 mungkin boleh dilaksanakan sekali lagi supaya ia tidak melahirkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

'Ada pihak luar ganas memerhati Malaysia' - Hishammuddin
Terdapat pihak luar yang lebih ganas sedang memerhatikan suasana semasa dalam negara pada ketika ini, kata Menteri Pertahanan.

Masyarakat perlu bijak nilai isu elak perpecahan rakyat - Kurup
Masyarakat perlu bijak dan adil dalam menilai sesuatu isu terutamanya yang menyentuh sensitiviti kaum yang tersebar di dalam media sosial bagi mengelak berlakunya perpecahan perpaduan rakyat.
Kemajuan akan dicapai melalui kestabilan negara
Ketua Biro Strategi dan Perancangan Pemuda MCA, Neil Foo Seck Chyn menyifatkan kestabilan negara sebagai asas kepada kemakmuran dan kemajuan negara.