Barisan pemimpin dan pentadbir yang telah dipilih oleh rakyat atas dasar percaya perlu menjadi pemegang amanah seterusnya menjalankan tugas dan fardu kifayah dengan berintegriti serta taqwa.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah bertitah demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Universiti Islam Dunia di Putrajaya pada Selasa.
“Di sini, beta menegaskan kepada barisan pemimpin dan pentadbir kita yang dipilih oleh umum atas dasar percaya agar bertindak sebagai pemegang amanah dan menjalankan tugas umum serta fardu kifayah dengan integriti dan taqwa, bagi pihak kita semua dan demi kebaikan semua,” titah baginda.
Baginda bertitah, perlunya usaha mengekal dan mengukuhkan institusi-institusi negara dengan memberi perhatian kepada aspek integriti dan kebebasan.
Tambah baginda, adalah sangat penting untuk menjaga amanah umum tersebut bukan sahaja ketika dalam situasi aman, malah ketika negara berdepan dengan tempoh krisis.
Baginda turut memberi contoh, selain Universiti Al-Azhar di Mesir dan Universiti Qarawiyyin di Maghribi, institusi pendidikan dunia yang lain perlu mengutamakan kecemerlangan akademik supaya mampu menghasilkan graduan berfikiran kritis dan mampu berhujah dengan bernas.
Dalam sidang kemuncak itu, baginda turut bertitah institusi pendidikan perlu mempunyai misi sosial untuk golongan yang terpinggir.
“Salah satu caranya adalah dengan menawarkan dermasiswa dan biasiswa kepada pelajar yang datang dari latar belakang yang kurang bernasib baik,” titah Sultan Nazrin.
Hala tuju universiti
Bertemakan “Re-Writing The Narrative: Higher Education for the 21st Century”, sidang kemuncak selama dua hari itu disertai lebih 200 pemimpin universiti negara-negara Islam sedunia.
Ia dianjurkan bersama oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membincangkan isu-isu berkaitan sistem pendidikan tinggi dalam mendepani cabaran global.
Antara visi sidang kemuncak itu adalah untuk menyeru pemimpin universiti Islam agar mengkaji semula hala tuju dan fungsi universiti masing-masing dengan mengambil konteks keperluan pendidikan umat Islam.
Terdapat tiga penekanan utama yang akan menjadi teras perbincangan sidang iaitu kepentingan akses dan ekuiti pendidikan, perkaitan budaya dan etika, serta kelestarian pendidikan bagi universiti Islam dan ummah seluruh dunia.
Semua itu perlu diberi perhatian supaya perkembangannya sejajar dengan konteks kehidupan semasa dan akan datang.
Hamzah Hamid
Tue Sep 29 2015
SULTAN NAZRIN: Adalah sangat penting untuk menjaga amanah umum tersebut bukan sahaja ketika dalam situasi aman, malah ketika negara berdepan dengan tempoh krisis. - Foto Astro AWANI
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Di jam ini kita bersama dengan penerbit dan penulis lirik Datuk Habsah Hassan untuk kita singkap pandangan peribadi terhadap Allayarham dan bagaimana legasi ditinggalkan arwah memberi kesan.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
"His name is gonna be there forever, tak akan pudar" - Datuk DJ Dave
Kebanyakan lagu-lagu raya yang hit adalah dari hasil karya Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Nama dan lagu beliau tidak akan dilupakan dan sentiasa akan berkumandang dicorong-corong radio dan televisyen.
#AWANInews
#AWANInews
"Arwah selalu nasihatkan saya, disiplin itu penting" - Datuk DJ Dave
Penyanyi veteran dan Pengerusi Yayasan Artis Veteran (YKAT), Datuk DJ Dave berkongsi pengalaman dan kenangan ketika bekerja dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
#AWANInews
#AWANInews
"Allahyarham seperti bapa dan ajar tentang hidup di KL" - Ramlah Ram
"Dialah guru, bapa saya, ambil berat mengenai saya. Lagu saya dari awal memang daripada arwah. Saya belajar hidup di Kuala Lumpur pun dengan arwah," kata Ramlah Ram.
COP29: Perumahan sosial di Kemboja tangani perubahan iklim
Dalam temu bual eksklusif bersama Mao Vibal,Timbalan Setiausaha Kementerian Negeri Kemboja, kita mendalami bagaimana projek perumahan sosial di negara ini membantu menangani cabaran perubahan iklim. Mao Vibal berkongsi pandangannya mengenai pendekatan inovatif yang digunakan untuk membangunkan perumahan yang tahan terhadap kesan perubahan iklim, termasuk penggunaan bahan mesra alam dan reka bentuk yang lebih mampan. Temu bual ini memberi tumpuan kepada impak sosial dan ekonomi dari inisiatif ini, serta bagaimana ia memberi peluang kepada komuniti yang paling terdedah kepada perubahan iklim di Kemboja.
Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari
Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis.
Jiwa SME: Merintis perniagaan sepenuhnya milik rakyat Malaysia di Korea Selatan
Ikuti cerita Kim Seri dan Aira Saraan yang menjadi perintis kepada peniagaan sepenuhnya milik rakyat Malaysia di Korea Selatan.
Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu ini, didorong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan menurun baru-baru ini. Peniaga minyak sawit David Ng menjangkakan harga akan meningkat antara RM4,600 dan RM4,900 setiap tan minggu ini.
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.
Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.
PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak
Anwar doakan semoga baginda dan Raja Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.
Raja ilmuan berjiwa rakyat
Kesarjanaan Sultan Nazrin bukan sahaja dikagumi rakyat negara ini, malah turut disanjung masyarakat antarabangsa.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.