KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan, kesemua pemimpin dalam Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan terperinci mengenai Ordinan Darurat.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat tersebut secara atas talian berkata, turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan ialah pengurusan darurat serta pengurusan pandemik Covid-19 dan pelan immunisasi vaksin yang akan bermula pada bulan Februari depan.
“Saya bersyukur bahawa mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam dalam suasana akrab dan muhibah telah menyambut baik taklimat mengenai Proklamasi Darurat dari YB Dato Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YBhg Tan Sri Mohd Zuki Ali Ketua Setiausaha Negara dan YBhg Dato Dr Norhizan Ismail Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya, pada Ahad malam.
Jelas Muhyiddin, mesyuarat tersebut telah disertai oleh 12 presiden-presiden parti dari Bersatu, UMNO, Pas, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden parti.
“Majlis Presiden akan terus menjadi platfom perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politk dalam Kerajaan Perikatan Nasional demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya lagi.
Astro Awani
Sun Jan 24 2021
Muhyiddin berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula bulan depan. - Gambar Facebook/Muhyiddin Yassin
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Isu 3R: Pemimpin parti perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan
Mana-mana pihak termasuk pemimpin parti yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan selain bersedia berdepan tindakan undang-undang.
Ka Siong tepis dakwaan tidak bertanggungjawab letak jawatan
Beliau sedaya upaya melahirkan, mencungkil dan mempromosikan bakat-bakat baharu, iaitu pelapis MCA yang muda serta berwibawa.
'Bersihkan' BN, UMNO daripada pemimpin pentingkan diri
Menurutnya, mana-mana pemimpin yang sudah lari daripada perjuangan parti perlu muhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan.
Tindakan Agong manifestasi keharmonian Raja dan demokrasi - Shamrahayu
Yang di-Pertuan Agong menjadi pengimbang antara institusi Raja Berperlembagaan dengan sistem demokrasi berparlimen dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang didepani negara.
Pemimpin UMNO dinasihat henti keluar kenyataan keruhkan keadaan - Mohamad
Mohamad menegaskan pada waktu ini adalah tempoh bertenang, dan pemimpin sepatutnya lebih bijak ketika membuat kenyataan.
Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan
Pemimpin UMNO jangan abai realiti masalah Melayu - Penganalisis
Kemelut yang melanda rakyat ketika tempoh pandemik ini sepatutnya diberi perhatian kepimpinan UMNO.
PRN Sabah: Bung Moktar, Hajiji, Salleh Keruak menang, Anifah Aman tewas
Bung menewaskan Timbalan Wira Warisan yang juga calon parti itu Mohd Ismail Ayub dan tiga lagi calon lain.
Pas Sabah nasihat pemimpin parti elak buat kenyataan tidak tepat
Kenyataan tidak tepat oleh pemimpin-pemimpin Pas guris hati masyarakat Sabah dan Sarawak.
Anwar akan terus bekerjasama dengan Azmin
"Azmin ialah timbalan saya, kami perlu bekerja sebagai satu pasukan, perlu sentiasa bermesyuarat dan berbincang..."