SEREMBAN: Pemimpin UMNO dinasihatkan supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dalam parti itu, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menegaskan pada waktu ini adalah tempoh bertenang, dan pemimpin sepatutnya lebih bijak ketika membuat kenyataan.
"Saya minta pemimpin-pemimpin parti jangan buat kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi suasana, berehatlah sekejap, tolong, tak boleh jadi garam, jangan jadi langau media sosial ke, tolong hentikannya.
"Walaupun dalam ini (dada) banyak api, tapi kepala mesti sejuk, sebagai pemimpin, kepala mesti sejuk jangan keluar api," katanya kepada pemberita selepas Program Isi Minyak Percuma dan Santai Anak Muda serta Kempen Mari Daftar Vaksin COVID-19 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata menteri dan timbalan menteri UMNO sepatutnya bertemu dengan kepemimpinan tertinggi parti terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan mengenai kedudukan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau menyifatkan tindakan membuat keputusan tanpa meminta panduan daripada kepimpinan tertinggi parti itu, merupakan kepincangan dalam kebijaksanaan.
"Kita tidak suruh pun menteri letak jawatan pada hari yang sama, kalau ya pun nak letak jawatan, jumpa kepemimpinan parti, jumpa saya sekurang-kurangnya, saya akan nasihatkan dahulu yang sebetulnya," katanya.
Pada 31 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua menteri daripada UMNO akan terus kekal berada dalam Kabinet, selepas kesepakatan susulan pertemuan bersama menteri daripada UMNO yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet.
Mengulas mengenai pemilihan UMNO, Mohamad berkata, keputusan untuk menyegerakan pemilihan parti itu ketika ini akan membawa kepada perpecahan, dan ia seolah-olah memberi 'peluru' kepada parti lawan selain turut mendatangkan 'kecederaan' pada parti.
"Kita tak boleh kata tak ada, dari segi pengurusan parti, kita ada garis masa, kita tidak pula kata mahu tangguh sampai 18 bulan, itu sebabnya kita ikut turutan parti bahawa kita nak lihat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada Ogos," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu bagaimanapun berkata, UMNO juga tidak akan menunggu sehingga tempoh 18 bulan untuk mengadakan pemilihan, malah Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memaklumkan, ia boleh dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya dalam UMNO apabila pemilihan parti diadakan Mohamad berkata, keutamaannya ketika ini adalah hanyalah untuk menghadapi PRU15.
Sementara itu, Mohamad berkata agenda untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) masih diteruskan, sekali gus mahu kerjasama itu kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021

MOHAMAD: Walaupun dalam ini (dada) banyak api, tapi kepala mesti sejuk, sebagai pemimpin, kepala mesti sejuk jangan keluar api. - Gambar fail

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.