PUTRAJAYA: Kejayaan sesebuah tamadun merupakan hasil pimpinan pemimpin yang mempunyai hati nurani yang bersih dan tidak hanya bergantung kepada kerangka ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata tanpa ciri itu pada pemimpin, sesebuah tamadun akan runtuh sekiranya soal nilai dan akhlak tidak diberi tumpuan dalam agenda pembangunan tamadun.
"Dalam dunia moden dan teknologi maju, kena ada nilai dan akhlak. Tamadun yang runtuh bukan sebab ekonomi atau sosial, tetapi kerana tiada nilai dan akhlak, sebab itu tatakelola rosak.
Apabila tatakelola lemah, negara akan jatuh," kata Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi agama di Seri Perdana, di sini malam ini.
Anwar berkata sejak beliau memimpin Kerajaan Perpaduan pada November lepas, agenda untuk mengangkat martabat Malaysia di mata dunia menjadi agenda utamanya dengan dibantu barisan Menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum dan agama.
"Saya pegang jawatan ini, Alhamdulillah..dan saya selesa. Saya tak perlu wang berjuta-juta untuk beli harta.
Saya tidak perlukan itu, tapi saya nak buktikan sesungguhnya di Malaysia ini ada Melayu Islam yang berpegang dengan fahaman Islam dan boleh angkat martabat negara," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Menyentuh peranan Jakim, Anwar berkata peranan jabatan itu di bawah pimpinannya lebih luas berbanding sebelum ini kerana khidmat nasihat serta pandangan Jakim diperlukan dalam setiap urusan tadbir urus negara dan menyatakan penghargaannya terhadap setiap pandangan yang dikemukakan daripada agensi berkenaan.
Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jakim yang bermula pukul 6.30 petang itu dihadiri kira-kira 300 pegawai hal ehwal Islam Jakim dari seluruh negara.
Hadirin turut bersolat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Zulkeffly Adimun disusuli dengan bacaan doa dan tausiyah (nasihat) yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dan kemudiannya mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah.
Majlis ilmu sedemikian diadakan secara berkala di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak diperkenalkan Anwar pada 22 Dis 2022 dengan pengisian tausiyah yang disampaikan ulama terkenal dari dalam dan luar negara serta solat secara berjemaah.
Antara ulama yang pernah menyampaikan ceramah di majlis berkenaan ialah Imam Besar Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri, ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai hal ehwal islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kompleks Seri Perdana malam ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan

Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.

UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, masih ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang berbicara perkara remeh.

Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.

Sambutan 25 Tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat
Kehadiran hampir 10,000 pengunjung memeriahkan acara Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul sejak pagi tadi.

Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia
Perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.

Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak rakus, angkuh, gelojoh macam pegawai penjajah - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak bersikap rakus, angkuh dan gelojoh sebagaimana pegawai-pegawai dari negara penjajah suatu masa dahulu.

Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.