Ringkasan AI
- Pentingnya Parti Lebih Daripada Pemimpin: Tengku Zafrul menekankan bahwa mempertahankan parti lebih utama daripada mempertahankan pemimpin. Kepemimpinan UMNO harus memperhatikan suara akar umbi dan memastikan idea-idea segar untuk kebaikan rakyat dan masa depan anak-anak.
- Muak dengan Pemimpin yang Berpolitik Tanpa Henti: Rakyat sudah lelah melihat pemimpin yang hanya sibuk berpolitik sepanjang masa. Mereka menginginkan pemimpin yang peduli dengan isu-isu mereka dan memiliki visi untuk meningkatkan ekonomi negara.
- Teguran untuk Keberhasilan Parti: Tengku Zafrul mencabar ahli-ahli UMNO untuk membuktikan bahwa parti memiliki idea-idea segar untuk kebaikan rakyat. Jika pemimpin enggan berubah, ahli-ahli UMNO harus berani memberikan teguran demi kebaikan parti.
Demikian peringatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menegaskan, masih ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang berbicara perkara remeh.
Bahkan, katanya, ada pula yang menghentam semasa sendiri, bercakap berkaitan agenda peribadi dan menurut Tengku Zafrul, itu semua adalah “cakap-cakap orang yang tandus idea”.
Tegasnya, rakyat sudah muak melihat pemimpin yang sibuk berpolitik sepanjang masa.
Katanya lagi, rakyat sebenarnya mahukan pemimpin yang ambil peduli isu mereka dan ada visi untuk anak-anak mereka.
“Kita perlu buktikan kepada rakyat, UMNO ada idea-idea segar untuk menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan ekonomi negara dan menjamin masa depan anak-anak mereka.
“Barulah rakyat akan kembali percaya kepada UMNO!
“Mampukah kita lakukannya? Saya yakin boleh dan kalau pemimpin tak nak berubah, ahli-ahli UMNO wajib tegur demi kebaikan parti keramat kita,” katanya.
Menerusi Instagram rasminya, Tengku Zafrul berkata beberapa perkara itu merupakan mesej utama dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong.
“Terima kasih Datuk Jeff atas jemputan merasmikan mesyuarat pada hari ini dan tahniah kepada seluruh Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong yang berjaya tunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti,” tulis beliau lagi.