Pemilik kilang Jeruk Madu Pak Ali di Pulau Pinang kerugian RM100,000 setelah premis yang beroperasi di Simpang Ampat dipecah masuk dua penyamun bertopeng.
Kejadian itu disedari pekerja di kilang berkenaan kira-kira jam 9 pagi Ahad setelah mendapati siling di dalam kilang tersebut jatuh ke lantai dan barangan di ruang pejabat berselerak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafee Abd Samad berkata pekerja kilang terus membuat pemeriksaan lanjut dan mengesyaki ia telah dipecah masuk.
Shafee berkata pekerja itu mendapati peti besi yang berada di dalam pejabat telah dipecahkan dan wang tunai kira-kira RM100,000 hilang.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kilang berkenaan, dua lelaki bertopeng dan berbaju lengan panjang serta bersarung tangan dilihat berada di tempat kejadian pada jam 12.17 tengah malam.
Menurut Shafee, siasatan lanjut mendapati suspek memecah masuk kilang berkenaan dengan cara mengumpil atap genting dengan alat kuku kambing.
Selepas menggeledah pejabat kilang berkenaan, suspek bertindak memecahkan peti besi dengan menggunakan mesin penebuk dinding.
Shafee berkata hasil soal siasat, tiada pekerja yang bertugas semasa kejadian dan kilang telah ditutup dari jam 5 petang hingga 9 pagi setiap hari dan terdapat seorang pengawal keselamatan ditugaskan di tempat kejadian.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang giat memburu suspek.
Astro Awani
Mon Apr 01 2019

Pemilik kilang Jeruk Madu Pak Ali di Pulau Pinang kerugian RM100,000 setelah premis yang beroperasi di Simpang Ampat dipecah masuk dua penyamun bertopeng. -Facebook /@KilangJerukMaduPakAli

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pemilik Jeruk Pak Ali rugi RM100,000 premis dipecah masuk
Dua lelaki bertopeng dan berbaju lengan panjang serta bersarung tangan dilihat berada di tempat kejadian pada jam 12.17 tengah malam.