KUALA LUMPUR: Pengerusi The Edge Media Group hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia memberi AS$2juta kepada Xavier Andre Justo, individu yang mendedahkan maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai hadiah atas sumbangannya dalam 'membersihkan' anasir kleptokrasi terbesar negara itu.
Tan Sri Tong Kooi Ong, 63, berkata beliau telah memberikan Justo jumlah wang berkenaan, walaupun tidak mendapat sebarang maklumat mahupun dokumen berkaitan dana kekayaan berdaulat negara itu.
"Saya merasakan Justo tanpa sesuka hati dan tanpa sebarang keuntungan, 'membayar' harga yang tinggi apabila dipenjarakan di Thailand atas tindakan yang menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi terbesar dunia.
"Saya rasa dia layak dibayar, dan saya rasa kerajaan Malaysia sepatutnya menganugerahkan sesuatu kepadanya, tetapi apabila tiada anugerah itu, saya sendiri memutuskan untuk membantunya. Saya berikan wang itu kepadanya di pejabat saya," kata Tong.
Saksi pendakwaan ke-43 itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melibatkan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB.
Beliau merujuk kepada satu artikel yang diterbitkan oleh portal dalam talian bertajuk "Pemilik The Edge beri Justo RM8.2 juta kerana bantu mendedahkan skandal 1MDB".
Beliau berkata bahawa kerajaan Malaysia sepatutnya memberi pampasan kepada Justo, dan apabila mendapati tiada apa diberikan, beliau telah menghadiahkan wang itu kepada Justo, dan Justo mengakui faham bahawa pemberian itu sebagai satu hadiah.
Ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram jika saksi itu mengenali ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Tong berkata beliau pernah bertemu Jho Low dua kali.
"Pada 2014, selepas The Edge baru memulakan operasi, Jho Low, melalui wartawan menghubungi saya, untuk berjumpa dengan saya.
"Dia berjumpa dengan saya dua kali. Bapa Jho Low Tan Sri Larry Low Hock Peng adalah orang yang saya kenali sejak 1990-an.
"Semasa pertemuan pertama, dia (Jho Low) memberitahu saya bahawa laporan Edge (mengenai 1MDB) adalah salah. Pada pertemuan kedua, beliau memberitahu saya bahawa beliau mengenali Datuk Seri Najib. Dia berkata bahawa The Edge harus 'berhati-hati' dengan apa yang kami tulis," kata Tong.
Sri Ram: Semasa Jho Low berkata demikian (hati-hati dengan apa yang ditulis), apa sebenarnya mesej yang diwampaikan?
Tong menjawab: "Ia satu ugutan".
Semasa ditanya tindakannya susulan ugutan itu, Tong menjawab "Saya abaikan sahaja".
Saksi itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia mendapatkan nombor telefon pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown daripada bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee.
"Saya menghubungi Rewcastle-Brown. Ya, dia memperkenalkan saya kepada Justo di Singapura," kata pemilik The Edge itu.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2022

Kooi Ong beranggapan Justo (gambar) 'membayar' harga yang tinggi apabila dipenjarakan di Thailand atas tindakan yang menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi terbesar dunia. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

The Edge Malaysia ESG Awards 2023 jadi teraju masa depan
Fokus sekarang bukan lagi sama ada kerajaan dan perniagaan harus melaksanakan ESG, sebaliknya memfokuskan kepada kebolehpercayaan terhadap inisiatif ESG yang telah dilaksanakan.

Pemilik The Edge, Tong Kooi Ong kini pemegang saham besar Star Media Group
Menurut pemakluman syarikat media tersebut di Bursa Malaysia, Tong mempunyai kepentingan langsung sebanyak 0.254%, atau 1.84 juta saham.

Pemilik The Edge mengaku beri AS$2 juta kepada Justo sebagai 'hadiah'
"Saya rasa dia layak dibayar, dan saya rasa kerajaan Malaysia sepatutnya menganugerahkan sesuatu kepadanya."

Zeti Aziz letak jawatan Pengerusi Kumpulan PNB
Pelantikan Pengerusi Kumpulan PNB baharu akan diputuskan Yayasan Pelaburan Bumiputra yang dipengerusi Tan Sri Muhyiddin dalam masa terdekat.

Astro dan 6 lagi syarikat tersenarai dalam portfolio ESG terbaik UOB Kay Hian
Jelas laporan itu, untuk bermain dengan komponen ESG, pihaknya telah memilih pilihan utama dari konstituen FTSE4Good.

Isi rumah berpendapatan rendah terkesan sejak PKP 2.0 - Kajian UNICEF, UNFPA
Krisis akibat COVID-19 terus memberi kesan negatif kepada keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur walaupun kerajaan mengumumkan beberapa langkah mengurangkan tekanan akibat pandemik.

Rakyat perlu terus bersuara, tuntut kebebasan ekonomi negara dari ahli politik - Nazir Tun Razak
Kejatuhan Kerajaan PH hanya selepas 22 bulan memerintah, serta kelemahan ketara Kerajaan PN, bukanlah petanda awal yang bagus, kata Nazir.

Penglibatan berlebihan kerajaan dalam ekonomi perlu diubah - Nazir Razak
Nazir berkata, amalan politik wang sering mempengaruhi keputusan berkaitan peraturan, polisi, dan perolehan kerajaan, serta tindakan-tindakan GLC.

PNB terima peletakan jawatan Jalil Rasheed
Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada Isnin mengumumkan bahawa mereka telah menerima peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE), Jalil Rasheed.

Perbicaraan 1MDB: Shahrol Azral tukar fikiran, kini tidak pasti Ong Gim Huat tepati kriteria
Shahrol Azral akui tidak tahu Ong Gim Huat merupakan kenalan rapat kepada ayah Jho Low iaitu mendiang Larry Low Meng Tak.