Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan ada sebahagian peraturan dalam pemilihan Umno kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan.
Antara peraturan itu katanya ialah calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan anggota Umno akar umbi dan memperkenalkan diri.
"Kalau jadi calon tapi tidak pergi berkempen, bagaimana mahu menang? Kalau bertanding jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula mahu jadi anggota Majlis Tertinggi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Belia Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai reaksi beberapa calon yang berhadapan kesulitan untuk menjalankan kempen dan menganggap syarat yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan itu terlalu ketat.
Antara syarat terbabit ialah calon tidak boleh menggunakan mana-mana penerbitan atau media massa untuk berkempen, atau menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu.
Calon juga tidak dibenar berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diatur badan perhubungan Umno setiap negeri.
Bagaimanapun jawatankuasa pemilihan baru-baru ini memberi kebenaran kepada calon-calon yang bertanding untuk berkempen melalui media sosial seperti Facebook.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno peringkat bahagian akan diadakan serentak pada 12 Okt sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian serta jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual 19 Okt.
Bernama
Fri Oct 04 2013
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
A.S. Memilih: Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden, dasar luar Malaysia tidak berubah
Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.
Rakyat Malaysia ke luar negara disaran lapor keberadaan kepada kedutaan - Mohamad
Rakyat Malaysia yang ke luar negara digalakkan memaklumkan lokasi keberadaan mereka kepada kedutaan di negara dikunjungi.
Tok Mat 'jemput' Kamala Harris makan nasi goreng USA
Mohamad Hasan, memberikan respons berjenaka terhadap dakwaan terbaharu pengulas politik AS kononnya Kamala Harris berasal dari Malaysia.
ASEAN 2025: Keanggotaan penuh Timor Leste sedang dipercepat - Mohamad Hasan
Timor Leste telah menjadi sebahagian negara pemerhati sejak beberapa tahun lalu dan antara usaha yang sedang dikaji ketika ini adalah mengurangkan proses dokumentasi.
Bunga raya dipilih sebagai logo rasmi Kepengerusian ASEAN 2025
Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan logo dan tema, dengan memilih bunga raya sempena Kepengerusian ASEAN pada 2025.
Malaysia lancar logo dan tema selaku Pengerusi ASEAN 2025
Menteri Luar, Mohamad Hasan akan melancarkan logo dan tema itu dalam satu majlis di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.
Mohamad ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.