Pemeriksaan kesihatan wajar dilaksanakan di semua pintu sempadan antarabangsa di Perak sebagai langkah mengekang penularan virus Zika.
Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata langkah tersebut penting bagi mengurangkan kebimbangan pelancong terhadap ancaman virus berkenaan di negara ini.
"Sekarang ini kita telah lakukan pemeriksaan khas (imbasan suhu badan) di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, jadi kita akan cuba di pintu masuk lain seperti di Pengkalan Hulu (bersempadan dengan Betong di Yala, wilayah selatan, Thailand)," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Korban Perdana Sempena Program Jejak Masjid Negeri Perak di Masjid Muhammadiah atau dikenali Masjid Cina di sini hari ini.
Nolee Ashilin berkata penularan virus Zika jika gagal dikawal sedikit sebanyak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri itu dan ia perlu dielakkan kerana tahun depan merupakan Tahun Melawat Perak.
"Semestinya virus Zika ini ada memberi kesan kepada pelancongan kerana mungkin ada pelancong yang takut hendak datang ke Malaysia, tetapi ia adalah masalah satu dunia bukan kita sahaja.
"Bagaimanapun, kita akan melaksanakan segala usaha yang perlu bagi membendung kerisauan orang ramai mengenai virus ini," katanya.
Setakat ini,jumlah kes Zika yang disahkan di seluruh negara adalah empat dengan yang terbaharu dikesan pada 7 Sept lepas di Johor Bahru.
Mengenai program hari ini, Nolee Ashilin berkata acara julung kali diadakan itu merupakan kerjasama Masjid Muhammadiah; Tourism Malaysia; Tourism Perak; Persatuan Cina Muslim Malaysia dan Persatuan India Muslim Perak.
Katanya acara itu bakal dijadikan program tahunan dan dimasukkan dalam senarai pakej jejak masjid di negeri tersebut bagi menarik kehadiran pelancong.
"Saya juga minta lebih banyak badan bukan kerajaan dan persatuan supaya dapat memberi sumbangan agar agihan daging korban dapat diperbanyakkan," katanya.
Pada majlis itu, lebih 400 bungkusan daging diagihkan kepada penerima.
Bernama
Mon Sep 12 2016

xco Pelancongan dan Kebudayaan Perak Datuk Nolee Ashilin Radzi (kiri) mengagihkan daging korban kepada anggota qariah Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) ketika program korban perdana sempena sambutan Hari Raya Aildiladha hari ini. - Foto Bernama
Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan pelajar
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pelbagai langkah telah diambil bagi menjamin keselamatan murid di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Sungai Golok, di selatan Thailand pada Sabtu malam.
Pokok tumbang, khemah Bazar Ramadan ranap di Subang Jaya
Menerusi laman Facebook, akaun SJ Echo memaklumkan banyak pokok tumbang di SS14 menghalang jalan dan menimbulkan masalah lalu lintas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam tadi.

Saree Up to Strike: Kejohanan boling pertama bertemakan sari sempena Hari Wanita Antarabangsa
Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, butik PAAVAI Looms Empire menganjurkan kejohanan boling dengan menggabungkan elemen budaya dan pemerkasaan wanita.

Ketua Suruhanjaya AU desar penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.
AWANI Ringkas: Pemimpin, ahli UMNO yang tinggalkan parti diseru kembali
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.