“Pada 26hb Julai 2016, ASTRO AWANI telah menyiarkan laporan berita yang bertajuk “DCA KELUAR SURAT TUNJUK SEBAB PADA SUASA AIRLINES” di Saluran 501 di mana gambar juruterbang wanita Royal Brunei Airlines telah disiarkan.

ASTRO AWANI ingin membuat pembetulan bahawa gambar juruterbang wanita Royal Brunei Airlines yang disiarkan tiada hubungkait dengan Suasa Airlines dan Royal Brunei Airlines tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Suasa Airlines sama sekali.

ASTRO AWANI amat mengesali kesilapan tersebut..”