"Saya amat berpuas hati dengan pembangunan Kuala Lumpur sekarang, bandar raya ini sudah maju bertaraf dunia".
Demikian pandangan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar sebaik ditujukan soalan berhubung pencapaian Kuala Lumpur pada masa kini.
Elyas yang pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar semenjak 1981 hingga 1992 kagum dengan wajah kota metropolitan itu yang kini dijadikan penanda aras prestasi kemajuan Malaysia.
"Perancangan kita sudah tercapai dengan pengangkutan awam yang 'world standard', sistem kita lebih canggih, projek Transit Aliran Massa (MRT) yang sedang dibuat pun sama canggih dengan bandar-bandar maju seperti New York, San Francisco...," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau juga memuji perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membentuk sebuah bandar raya yang membangun dengan pesat serta menjadikannya sebagai lokasi tumpuan pekerjaan sehinggalah mencatatkan peningkatan penduduk di sini.
Bagaimanapun Elyas mencadangkan agar pihak DBKL dan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan perlu memberi fokus dalam memperbanyakkan lagi pembinaan rumah mampu milik di dalam kawasan bandar dengan harga yang berpatutan.
Beliau meluahkan rasa kecewa ekoran harga rumah di dalam bandar sekarang yang dilihat terlalu tinggi sehingga golongan berpendapatan sederhana tidak mampu untuk membelinya.
Selain itu, pada sesi temu bual sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang akan diraikan esok, beliau turut mencadangkan agar DBKL membangunkan semula kawasan yang diklasifikasi sebagai 'kawasan usang' menjadi perkampungan baharu.
Katanya, kawasan usang merupakan kawasan yang diduduki penduduk asal Kuala Lumpur pada zaman darurat antaranya seperti di Kampung Pandan, Kampung Datuk Keramat, Kampung Baru, Gombak dan Kampung Jinjang, di sini.
"Bangunkan semula rumah atau bangunan yang sudah berusia melebihi 50 tahun, jadikannya sebagai kampung tradisi yang lebih teratur dan berkonsepkan reka bentuk inovatif," katanya yang mencadangkan agar ciri-ciri tradisinya dikekalkan.
Beliau berkata, pembangunan semula seperti ini dapat membantu Kuala Lumpur dikembangkan secara menyeluruh dengan menjadikan kawasan lain sebagai kawasan tumpuan selain pusat bandar.
Selain itu, Elyas turut mencadangkan beberapa pelan pembangunan untuk membangunkan Kuala Lumpur antaranya, mengkaji kaedah untuk mewujudkan 'Underground City' seperti di Montreal, Canada iaitu pembangunan di bawah tanah yang meliputi pembinaan jalan raya dan pusat perdagangan.
Katanya, ekoran tanah di Kuala Lumpur kian pesat membangun dan semakin terhad, adalah baik sekiranya kajian dilaksanakan dalam mewujudkan sebuah Bandar di bawah tanah.
Dari segi infrastruktur pengangkutan, beliau mencadangkan agar Transit Aliran Ringan (LRT) diperluaskan di seluruh kawasan dalam bandar raya ini bagi membantu warga kota untuk beralih menggunakan pengangkutan awam selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Elyas yang pernah menjadi Datuk Bandar selama 11 tahun itu juga menyatakan kesediaan untuk membantu dalam memberi khidmat nasihat dan pandangan kepada DBKL dalam menstruktur pembangunan di bandar raya ini.
Bernama
Sun Jan 31 2016
![Pembangunan Kuala Lumpur bertaraf dunia - Elyas Omar Pembangunan Kuala Lumpur bertaraf dunia - Elyas Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71454053653_BangunanKL.jpg)
Elyas yang pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar semenjak 1981 hingga 1992 kagum dengan wajah kota metropolitan itu yang kini dijadikan penanda aras prestasi kemajuan Malaysia. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696726564_AbangJo.jpg)
Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman
Itu gambaran yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Karnival Konsert Sibujaya 2023.
![Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689461437_AmpangJayaNightRu.jpg)
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
![Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678623496_bangunanDewanBanda.jpg)
Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya
Semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kepada MBI untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia.
![Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636761385_Kulaibakalbergel.jpg)
Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.
![Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633698232_ParlimenSandakan.jpg)
Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar
Sandakan akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan.
![Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615175424_MenaraKuantan.jpg)
Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
![Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613904601_agong.jpg)
Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen.
![COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589164277_COVIDNewYork.jpg)
COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan
Rumah penjagaan di New York diwajibkan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas kakitangannya dua kali seminggu.
![Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579469467_TBMajlisPerbandara.jpg)
Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.
![Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71577634973_seremban.jpg)
Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya
Seremban yang dinaik taraf menjadi bandar raya dilihat akan merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda.