KINABATANGAN: Sandakan akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan, selaras semua kriteria sebagai sebuah bandar raya kini dipenuhi, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Sehubungan itu beliau berkata prapelancaran Sandakan sebagai sebuah bandar raya dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bulan ini.
"Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sandakan (JPEPS) telah bermesyuarat bagi merancang merealisasikan Sandakan sebagai sebuah bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu pada 22 Feb depan.
"Semua permohonan yang berkaitan telah dimajukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ceria Ke Sekolah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid.
Bung Moktar yang juga pengerusi JPEPS berkata pelbagai perancangan menaik taraf Majlis Perbandaran Sandakan sebagai Dewan Bandaraya telah dirancang, termasuk mewujudkan hospital swasta, memastikan perumahan mencukupi serta pembangunan kemudahan infrastruktur awam.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata status Sandakan sebagai bandar raya kelak akan turut memperkasakan daerah berhampiran seperti Beluran, Kinabatangan dan Tongod daripada segi pembangunan ekonomi selain menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut.
Pada majlis itu, Bung Moktar turut menyampaikan bantuan persekolahan sumbangan SESB kepada 300 murid di Kinabatangan selain sumbangan berjumlah RM34,000 kepada Sekolah Kebangsaan Kuamut yang menjadi sekolah angkat SESB untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan.
Pada majlis sama, beliau turut merasmikan Stesen Janakuasa Balat berkapasiti 700 megawatt yang mampu memanfaatkan kampung sekitar sebagai usaha memastikan bekalan elektrik diterima kepada lebih ramai penduduk luar bandar.
"Stesen yang beroperasi sejak 1 Ogos lepas itu memberi manfaat kepada 400 penduduk Kampung Balat dengan bekalan elektrik 24 jam berkapasiti 17 megawatt dan bekalan elektrik daripada janakuasa itu juga boleh dipanjangkan ke kampung berdekatan," katanya.
Beliau turut berharap Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat melaksanakan projek-projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah dirancang agar membantu meningkat taraf kehidupan rakyat di luar bandar memandangkan penduduknya masih bergantung kepada set penjana elektrik untuk aktiviti harian.
Menurut Bung Moktar, sebanyak RM120.5 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek BELB sambungan talian grid bagi tiga zon di Sabah meliputi daerah Kudat, Pitas, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Prapelancaran Sandakan sebagai sebuah bandar raya dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bulan ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.

Pokok tumbang di Sandakan akibat hujan berterusan
Beberapa pokok tumbang menghalang lalu lintas antaranya di Jalan GrandView, jalanraya IJM South Condo, Sri Taman, Jalan ILP Batu 5 dan laluan Pejabat Kastam, Batu 7.

Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga malam ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.

Beberapa kawasan di timur Sabah alami gangguan bekalan elektrik
Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.

Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

Selisih faham dipercayai motif Naufal dibunuh
Berlaku perselisihan faham dengan abang kepada kenalan wanita, dipercayai motif anak kepada pemilik restoran terkenal di daerah ini dibunuh.

Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan
Sarjan Mejar Mohammad Joeriman disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.

MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela.

MAHA 2024: Bot berhias warnai majlis ramah mesra menteri bersama warga Sandakan
Sebanyak 22 buah bot melibatkan kira-kira 40 orang nelayan terlibat menjayakan perarakan berkenaan.

Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam tadi berhubung kes tersebut.